Van Gaal Anggap Tindakan Mata Adalah Bodoh

Louis van Gaal menyalahkan tindakan “bodoh” Juan Mata yang menyebabkan dia dilayangkan kad kuning pertama di minit ke-23, sebelum dihalau keluar oleh pengadil perlawanan 3 minit kemudian, ketika Manchester United tewas 1-0 kepada West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Di minit ke 23, Mata menghalang sepakan percuma yang diambil pemain West Brom dengan menggunakan kaki.

Apa yang menarik perhatian, dalam tempoh yang singkat, Mata (m26) sekali mengutip kad kuning, sekaligus diarahkan keluar padang.

Bagaimanapun, van Gaal berpendapat pengadil Mike Dean harus memberi amaran kepada kesalahan kedua Mata, ketika pemain dari Sepanyol itu menjatuhkan bekas pemain United, Darren Fletcher.

“Anda tahu, kad kuning pertama adalah bodoh dan selepas itu anda perlu berjaga-jaga kerana pengadil boleh memberikan kad kuning kedua dalam beberapa saat.

“Apa yang saya boleh katakan apabila pemain seperti Mata di keluarkan? Saya bertanyakan kepadanya adakah ini kad merah pertama dan dia kata ‘ya’.

“Saya fikir pengadil perlu tahu pemain yang melakukan kesalahan. Saya tidak fikir Mata melakukan terjahan buruk kepada pemain lawan,” katanya.

Kehilangan Mata jelas mencacatkan percaturan United untuk memburu kemenangan, sebaliknya terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada West Brom selepas Salomon Rondon menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Selhurst Park, menyaksikan Liverpool menewaskan Crystal Palace 2-1 menerusi jaringan Christian Benteke di minit ke-66 dan Roberto Firmino hasil sepakan penalti di minit ke-96. Sebelum itu, Joe Ledley menjaringkan gol untuk Palace pada minit ke-48.

Baca Juga

Baca Juga