Van Gaal Dakwa Tottenham Lebih Sesuai Dengan Dirinya Berbanding Manchester United

Pengendali berasal Belanda, Louis Van Gaal berkata menguruskan pasukan seperti Tottenham Hotspurs adalah lebih senang dan sesuai dengan dirinya berbanding menguruskan pasukan  Manchester United.

Van Gaal yang pernah menguruskan pasukan besar seperti Barcelona dan Bayern Munich pada masa lalu, mengumumkan persaraan beliau dari arena bola sepak baru-baru ini selepas berkecimpung selama 48 tahun sejak beraksi sebagai pemain untuk Ajax pada tahun 1972.

Van Gaal mengakui kelab seperti Spurs lebih sesuai dengan dirnya kerana beliau berpeluang membentuk pemain muda

Van Gaal menyertai Manchester United selepas membimbing Belanda menduduki tangga ke-3 dalam Piala Dunia 2014. Beliau berjaya membawa Red Devils layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah dalam musim pertamanya di Old Trafford yang mana United pada musim sebelumnya hanya mampu menamatkan musim pada kedudukan ke-7 liga.

Dalam musim kedua Van Gaal bersama United, beliau berjaya memenangi trofi pertamanya bersama kelab tersebut iaitu Piala FA. Namun kejayaan tersebut tidak cukup untuk menambat hati pihak pengurusan dan perlawanan final Piala FA menjadi perlawanan terakhir beliau sebagai pengurus Red Devils dan terakhir dalam karier pengurusan beliau.

Ketika mengimbau kembali kenangan pada masa lalu, Van Gaal berkata pasukan seperti Tottenham Hotspurs merupakan destinasi yang lebih sesuai untuknya di England, kerana beliau mempunyai peluang untuk membentuk dan bekerjasama dengan pemain muda.

Kerjasama Van Gaal dan Ryan Giggs gagal membawa perubahan kepada Setan Merah

“Tottenham merupakan pilihan yang lebih baik kerana Manchester United adalah pasukan yang tua dan saya tahu saya perlu membawa transformasi ke dalam pasukan tersebut ketika itu.”

“Adakah saya membuat pilihan yang salah ? Mungkin ya, tetapi saya mengikut gerak hati. Saya pernah bekerja dengan pasukan nombor satu di Belanda, Jerman, Sepanyol dan England.”

“Manchester United mempunyai 7 pemain yang berumur lebih 30 tahun pada ketika itu. Kami bercakap mengenai perkara itu ketika interview. Pada tahun pertama, kami berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah dan musim seterusnya kami berjaya memenangi Piala FA.”

Karier Van Gaal bersama United berakhir selepas beliau membimbing pasukan tersebut menewaskan Crystal Palace di Stadium Wembley untuk menjulang trofi Piala FA.

Walau bagaimanapun, United terlepas slot untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah pada musim berikutnya kepada Manchester City yang mempunyai kelebihan perbezaan gol terhadap United.

Piala FA tidak cukup untuk kelab hebat seperti MU.

Peminat Manchester United juga kecewa melihat corak permainan bola sepak Van Gaal yang negatif. Keadaan menjadi lebih parah apabila Leicester berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris dalam cara yang tidak pernah terfikir.

Jose Mourinho dilantik menggantikan tempat Van Gaal tidak lama selepas itu tetapi masih gagal membawa kelab tersebut kembali ke zaman kegemilangan seperti era Sir Alex Ferguson dulu. Akibatnya, Mourinho dipecat pada penghujung tahun lalu dan tempatnya digantikan oleh bekas pemain, Ole Gunnar Solskjaer.

BACA:  Jawapan Kelakar Van Gaal Yang Dilabel Di Maria 'Pengurus Paling Teruk'