Van Gaal Merana Kerana Asyik Ditanya Tentang Rooney

London: Pengurus Manchester United Louis van Gaal berkata dia berasa ‘Sakit’ apabila perlu menjawab pelbagai persoalan mengenai prestasi Wayne Rooney selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pertembungan derby Manchester.

Wajah pengurus dari Belanda itu merah padam sebaik soalan pertama ditanyakan mengenai Rooney pada sidang akhbar selepas perlawanan di Old Trafford.

“Saya perlu bercakap mengenai Rooney setiap minggu, mengapa?” kata pengurus United itu dipetik oleh media Britain.

“Anda mempunyai pendapat anda tulis mengenainya. Saya tidak lagi memberi jawapan mengenai Wayne Rooney. Saya rasa sakit mengenai mereka,” katanya. – Reuters

Van Gaal Merana Kerana Asyik Ditanya Tentang Rooney (video)

Louis van Gaal ‘sick’ of Wayne Rooney questionsJiwa dan raga Van Gaal merana kerana asyik ditanya mengenai Rooney

Posted by Daily Sukan on Monday, 26 October 2015

BACA:  Van Gaal Membalas Kritikan Media Terhadap Rooney Atas Prestasi Hambar Sebagai Penyerang