Van Persie Mendedahkan Lima Pemain United Paling Dikagumi

Robin Van Persie telah menamakan lima pemain terbaik yang pernah beraksi bersamanya ketika di Old Trafford.

Tidak dinafikan selain beraksi cemerlang bersama pasukan Arsenal, Van Persie berjaya meneruskan kecemerlangannya bersama setan merah.

Penyerang handalan Belanda itu menyertai setan merah dari Arsenal dengan nilai £24 juta pada musim 2012/13.

Beliau merupakan pemain yang mempamerkan aksi cukup mantap dalam membantu setan merah memenangi gelaran premier league ketika itu.

Gelaran premier league ke-13 untuk Sir Alex Furguson dan juga yang terakhir untuk setan merah sehingga kini.

Setelah berjaya membina keserasian dan kesefahaman cukup istimewa bersama Wayne Rooney, Van Persie berjaya meledak 26 gol dari 38 perlawanan.

Dan beliau berjaya mencatatkan rekod itu dalam musim pertama penampilannya bersama setan merah.

Terbaru, Van Persie telah menamakan lima pemain paling beliau kagumi sepanjang kariernya bersama setan merah.

“Sukar untuk saya memilih yang tebaik, kerana setiap dari mereka sangat hebat dengan cara mereka sendiri.”

“Saya rasa apa yang penting adalah anda harus sentiasa menjadi diri sendiri, dan pemain yang saya kagumi ini berjaya kerana mereka memiliki cara yang tersendiri.”

Jelas Van Persie kepada So Foot.

“Nemanja Vidic adalah seorang pahlawan. Dia sanggup korbankan apa saja untuk pasukan dan dia sanggup lakukan apa saja untuk menang.”

“Rio Ferdinand, adalah seorang pemain yang luar biasa, sangat selesa bila membawa bola, sangat hebat dalam mengawal pemain, beliau juga pemain paling banyak stamina dan boleh beraksi lebih 90 minit tanpa penat.”

“Ryan Giggs merupakan pemain yang boleh dikatakan serba lengkap, sentiasa memberi impak kepada pasukan apabila berada dalam zone yang selesa, masih hebat walau sudah berusia 39 tahun.”

“Dia amalkan Yoga dan beliau sememangnya hidup Giggs sentiasa untuk bola sepak.”

“Rooney sangat mengagumkan dengan cara beliau tersendiri, beliau pemain yang sentiasa bersedia untuk segalanya.”

” Tidak dilupakan Patrice Evra, beliau pemain yang sentiasa bersuara tinggi untuk membina semula keyakinan semua pemain.”

“Saya tahu beliau suka membuat video yang lucu, tetapi tolonglah jangan percaya itu diri dia yang sebenar. Dia seorang yang sangat professional dan seorang lelaki yang super bijak.”

“Dia mampu berbicara dalam lima bahasa termasuk korean! Dari segi penampilannya saja sudah menunjukkan tahap professional beliau.”

“Daya pemikiran beliau sekuat dan sehebat badannya.”

Robin Van Persie turut berkongsi detik di mana beliau melihat Sir Alex Ferguson mengamuk di dalam bilik persalinan.

Hal itu terjadi kerana dua dari pemain setan merah ditangkap pergi berparti selepas kekalahan mereka kepada Manchester City.

“Pada musim pertama saya di sana, United mendahului kedudukan liga dengan 15 mata dihadapan Manchester City. Dan kami akan bertemu City di gelanggang sendiri pada waktu itu.”

“Jika kami memenangi perlawanan itu, maka kami akan lebih selesa mendahului liga dengan 18 mata. Tetapi malangnya kami tewas pada perlawanan itu.”

“Walau tewas, kami masih 12 mata mendahului City. Kebiasaannya dalam situasi mendahului dengan selesa, para pengurus tidak begitu terkesan dengan kekalahan.”

“Tetapi tidak untuk Sir Alex, dia mengamuk teruk sehari selepas dari kekalahan kami kepada City.”

“Kami meihat bos menampal gambar dua pemain itu sedang berparti dan ditampal dibilik persalinan.”

Namun Van Persie tidak mendedahkan dua pemain yang dimaksudkan itu.

Menurut Van Persi juga, Sir Alex begitu marah hingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada dua pemain itu.

Bah kan Sir Alex turut memberitahu semua pemain ketika itu sekiranya United terlepas gelaran Liga musim itu, ia berpunca dari dua pemain itu.

Beliau akui kebanyakkan pemain goyang dengan Sir Alex, namun menurutnya juga sebenarnya Sir Alex seorang yang sangat tenang.

Bayangkan saja kalau Sir Alex masih mengurus setan merah dan dia tertengok video Lingard menari ketika dalam sesi latihan.

Apa akan jadi?

BACA:  Impian Ratcliffe Jadikan Old Trafford 'Wembley Baharu' Dengan Dana Kerajaan Hampir Mustahil