Victor Lindelof Sah Menyertai Manchester United Dari Benfica

Manchester United melalui laman sesawangnya telah mengumumkan bahawa, United dan Benfica telah mencapai kata sepakat untuk mendapatkan pemain pertahanan Benfica, Victor Lindelof.

Proses perpindahan Victor Lindelof akan selesai selepas beliau menjalani pemeriksaan perubatan, kelulusan antarabangsa dan syarat-syarat peribadi. Lindelof menjadi pemain pertama yang dibeli United dijendela perpindahan musim panas ini.

Pengumuman lanjut akan dikeluarkan selepas proses perpindahan ini lengkap. Secara kasarnya perpindahan ini sudah sah melainkan semasa pemeriksaan perubatan telur Lindelof besar sebelah.

Menurut pelbagai sumber, Manchester United bakal membayar sebanyak RM167.09 juta (£30.75j, €35j, $39.2j) bagi mendapatkan pertahanan tengah Sweden yang berusia 22 tahun itu.

Jose Mourinho sudah lama mengidam untuk mendapatkan Lindelof dan Zlatan Ibrahimovic juga memuji persembahan Lindelof serta menyifatkan Lindelof pemain yang sangat bagus untuk bermain dengan kelab besar.

Profil Ringkas Victor Lindelof

Nama – Victor Jörgen Nilsson Lindelöf.
Traikh Lahir – 17 July 1994 (age 22).
Tempat Lahir – Västerås, Sweden
Posisi – Centre back

Membuat 209 penampilan bersama Benfica dan menjaringkan 5 gol.

Ini awek Lindelof, Maja Nilsson beserta akaun instagram. Amaran tak kuat jangan duk follow!

Aksi Lindelof

Baca Juga

Baca Juga