Liga Perdana Inggeris : Victor Valdes Sertai Besiktas

PENJAGA gawang Manchester United, Victor Valdes akhirnya membuat keputusan meninggalkan pasukan itu untuk menyertai kelab Turki, Besiktas secara percuma.

Bekas penjaga gol Barcelona itu yang menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan United pada Januari lalu, sudah bersetuju secara peribadi untuk berpindah dan dijangka berangkat ke Istanbul dalam tempoh 24 jam lagi.

Jodoh Valdes dan van Gaal tidak kekal lama
Jodoh Valdes dan van Gaal tidak kekal lama

Valdes, 33 ‘dibekukan’ United sejak sesi jelajah skuad The Red Devils ke Amerika Syarikat baru-baru ini, selepas didakwa pengendalinya pasukan itu, Louis van Gaal kerana enggan beraksi bersama pasukan simpanan mereka pada musim lalu.

Menariknya, Valdes tidak diberikan sebarang nombor jersi pasukan oleh Van Gaal musim ini, dan sebagai ganti, pengurus berkenaan mengikat penjaga gol Argentina, Sergio Romero untuk mengisi posisi penjaga gol utama United sementara De Gea menyelesaikan kemelut perpindahannya ke Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga