Video Aksi Hambar Ronaldo Tular, Media Portugal Mulai Desak Dia Disisihkan Sahaja

Sebelum sepak mula ada segelintir peminat Portugal mencadangkan agar Cristiano Ronaldo digugurkan daripada Portugal, selepas prestasinya yang kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan ini.

Portugal hanya memerlukan keputusan seri untuk mara. Namun mereka sebaliknya kalah dan tersingkir daripada liga teratas UNL.

Satu video kompilasi pemenang Ballon d’Or 5 kali itu tular. Menunjukkan bahawa Ronaldo kelihatan bukan seperti Ronaldo yang kita kenal.

Sarat dengan kesilapan, rungutan dan juga hantaran lemah.

Ronaldo semakin hampir dengan harijadinya ke-38. Pemain itu pernah menyatakan bahawa dia boleh beraksi di peringkat tertinggi sekurang kurangya 4 tahun lagi.

Di Manchester United, Ronaldo sudah disisihkan oleh Erik Ten Hag dalam beberapa perlawanan penting United musim ini.

Namun Ten Hag memberikan jaminan Ronaldo masih lagi berpeluang besar menjadi pemain kesebelasan utama selepas hanya menjaringkan 1 gol setakat ini. Itupun gol penalti menentang Sheriff.

Ada peminat menganggap sudah tiba masanya Ronaldo hanya menjadi pemain gantian atau sandaran dalam skuad utama Portugal.

Fernando Santos sentiasa menjadikannya pemain utama. Ronaldo baru baru ini menyatakan dia mahu bermain di Euro 2024 akan datang.

Lantas media Portugal terkemuka dalam ulasan bola sepak, A Bola menulis ‘Kurangkan Ronaldo, Lebihkan Portugal’.

Satu desakan agar Fernando Santos menggunakan kuasanya untuk mengutamakan kepentingan pasukan kebangsaan berbanding memikirkan menjaga hati bintang besar mereka.

Musim ini Ronaldo tidak mengikuti pra musim United di Asia dan Australia. Kerana sibuk nak berpindah ke kelab bermain di UCL. Namun kelab enggan melepaskannya.

Ten Hag sudah beberapa kali menyebut Ronaldo perlu melakukan lebih banyak latihan untuk mengembalikan tahap fizikal dan kecergasannya ke tahap optimum.

Itu adalah sebab utama Ronaldo kerap memanaskan bangku simpanan di Old Trafford.

Lantas peminat Portugal merasakan bahawa, Santos harus mengambil pendekatan yang sama. Pemain itu terus gagal menjaringkan gol dan memberikan penalti pada perlawanan sebelumnya menentang Republik Czech.

Di sebalik tajuk utama, Fernando Santos memutuskan untuk memulakan penyerang superstar menentang jiran mereka pada malam Selasa, dengan peminat mengingati hatriknya menentang lawan yang sama pada Piala Dunia 2018.

Tetapi persembahan Ronaldo dalam perlawanan kali ini jauh daripada apa yang dia pernah lakukan di Rusia, dan kompilasi sorotan beliau menunjukkan dia jauh daripada tahap terbaiknya.

Ramai peminat risau pengaruh Ronaldo yang terlalu besar akan membuatkan Portugal telah menyisihkan pemain lain yang lebih muda dan bertenaga daripada skuad utama.

Saksikan sendiri kompilasi itu di sini:

Seorang peminat berkata: “Ronaldo, kami sayangkan kamu, namun kami juga harus terima hakikat bahawa kamu bukan di tahap terbaik dan sudah kehilangan kekuatan.”

Pada akhir perlawanan, Ronaldo menunjukkan kekecewaannya dengan melemparkan lilitan kapten.

Ronaldo cuba bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol tetapi permainannya sering tidak menentu dan dia tidak dapat berjaya terhubung dengan rakan sepasukannya, yang terus kehilangan peluang dan meninggalkan Sepanyol dalam permainan, membolehkan Morata menjadi wira sekali lagi dengan kemenangan lewatnya.

Ronaldo tak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila dia melemparkan lilitan kapten sambil menunjukkan wajah tidak berpuas hatinya/

Ini bukanlah pertama kali Ronaldo membalingkan armbandnya. Kerana sebelum ini dia pernah melakukannya.

Saksikan sendiri detik Portugal menanggung derita di sini selepas ketumpulan mereka di depan gol.

Adakah Ronaldo akan kembali semula ke tahap terbaiknya? Sama sama kita nantikan. Apa yang pasti dia tetap legenda.

Baca Juga

Baca Juga