Video Anak Messi Jaring Gol Untuk Pasukan Akademi Barcelona Viral

Video rakaman anak sulung Lionel Messi yang merupakan pemain paling hebat sepanjang zaman iaitu Thiago Messi menjaringkan gol untuk pasukan akademi Barcelona menjardi viral.

Thiago Messi baru berusia 7 tahun menjaringkan gol tersebut dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam bulan disember tahun lalu.

Pada usia 7 tahun, Thiago sudah menunjukkan bahawa darah Lionel Messi mengalir dalam badannya.

Thiago juga selalu dilihat menyaksikan perlawanan pasukan Barcelona di Camp Nou dan mempunyai minat kepada bola sepak.

Video yang berlegar di media sosial itu, mempamerkan Thiago menjaringkan gol untuk pasukan muda Barcelona.

Thiago mempamerkan kelajuan yang agak mengagumkan dan kawalan bola dan disudahkan dengan kaki kanan.

Bagi budak berusia 7 tahun aksi dipamerkan Thiago agak kemas dengan asas bola sepak yang baik. Jangan kau banding dengan Messi pulak

Thiago Messi dilahirkan pada November 2012 di Sepanyol hasil perkongsian hidup Messi dan buah hatinya, Antonella Roccuzzo.

Jika Thiago Messi menjadi pemain bola sepak sepower bapanya ketika meningkat dewasa beliau boleh bermain untuk Argentina atau Sepanyol.

Thiago mempunyai dua orang lagi adik yang bernama Mateo dan Ciro.

Sudah beberapa kali Messi menyatakan bahawa beliau tidak akan sesekali memaksa anak-anaknya untuk bermain bola sepak walaupun anak sulungnya cenderung untuk menjadi pemain bola sepak.

Cristiano Ronaldo Jr. anak kepada Cristiano Ronaldo lahir pada Jun 2010 dan kini berusia 9 tahun juga kelihatan bakal mengikut jejak bapanya.

Ronaldo Jr. beberapa kali menjadi sebutan media kerana prestasinya dan jaringannya bersama pasukan Juventus bawah 9 tahun.

Pasukan Juventus bawah 9 tahun telah memenangi Cavour Trophy menewaskan Chier 3-2 di perlawanan akhir.

Cristiano Ronaldo Jr. telah menjaringkan 3 gol sepanjang kejohanan itu dan dipilih sebagai penyerang terbaik.

Di masa depan adakah waris Messi dan Ronaldo akan mendominasi dunia bola sepak?

Baca Juga

Baca Juga