[VIDEO]: Ancelotti Dirakam Joget Sakan Atas Bas Ketika Rai Kejuaraan Ke-35 La Liga Real Madrid

Carlo Ancelotti menjadi pengurus pertama di dunia berjaya merangkul kejuaraan di semua lima liga bola sepak utama di Eropah.

Sepanjang karier sebagai pengurus, Ancelotti pernah merangkul kejuaraan di saingan Premier League, Bundesliga, Serie A, Ligue 1 dan La Liga. Belum ada pengendali lain yang pernah melakukan pencapaian seperti apa yang Ancelotti pernah lakukan.

Ancelotti rai sakan

Gembira dengan pencapaian tersebut, Ancelotti kini meraikannya habis-habisan. Melalui sebuah rakaman amatur, pengendali dari Itali itu turut menampilkan sisi berbezanya yang tidak pernah dilihat oleh umum sebelum ini.

Ancelotti dikenali sebagai seorang pengurus yang bersifat ‘gentlemen’ di dalam bola sepak eropah. Beliau dianggap seorang pengurus yang tenang, tetapi berterus terang.

Walaupun berpewatakan serius, Ancelotti adalah seorang jurulatih yang mudah didekati oleh sesiapa sahaja.

Dan ketika meraikan kejuaraan ke-35 Real Madrid bersama barisan pemainya, Ancelotti tidak membuang masa memulakan parti keraian pasukan di atas bas ketika meraikan kejuaraan tersebut.

Real Madrid menoktahkan pemburuan kejuaraan La Liga musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Espanyol, sekaligus memastikan Carlo Ancelotti menjadi pengurus pertama dalam sejarah yang menjuarai kesemua lima liga utama di Eropah.

Pengurus Itali tersebut gagal memenangi gelaran liga ketika menduduki jawatan yang sama di Santiago Bernabeu sebelum ini, namun kali ini beliau menebusnya dengan langkah bergaya.

Siapa yang boleh menyalahkan Ancelotti daripada menari kali ini.

Baca Juga

Baca Juga