[VIDEO]: Bengang Gagal Jaring Gol, Penyerang Alih Tangkal Ilmu Hitam Dan Dilayang Kad Kuning

Pernahkah anda mendengar pengamalan ilmu hitam di dalam bola sepak. Amalan tersebut mungkin asing di dalam bola sepak moden pada hari ini. Namun siapa sangka ia sebenarnya masih berlaku.

Kisah penggunaan ilmu hitam di dalam bola sepak bukanlah perkara yang baru. Walaupun umum mengetahui ia adalah tahyul, dakwaan penggunaan ilmu hitam dalam bola sepak tetap ada.

Pada hari ini ilmu hitam masih lagi menjadi topik perbualan utama di bola sepak Afrika.

Bola sepak Rwanda

Ini bukanlah kejadian terbaru. Tetapi insiden ini kembali tular di kalangan pengguna media sosial. Kejadian sebenar dipercayai berlaku tiga tahun lalu di sebuah pulau dalam wilayah Rwanda, iaitu Kepulauan Kwanda.

Seperti mana di mana-mana tempat di dunia, Kwanda juga mempunyai pertandingan bola sepak domestik dipanggil Kwanda Premier League.

Dalam satu perlawanan hangat di antara dua pasukan seteru, Mukura dan Rayon Sports, satu kejadian di atas padang membuatkan penyokong yang hadir ke stadium dan pengadil tercengang-cengan dengan apa yang berlaku.

Pasukan pelawat, Rayon Sports ketinggalan 1-0 kepada Mukura dan walaupun sudah mengasak habis-habisan, usaha mencari gol penyamaan sepert mustahil.

Beberapa percubaan dilihat sama ada akan terkena palang, tersasar atau dengan mudah diselamatkan penjaga gol. Bengang dengan situasi tersebut, penyerang Rayon Sports seperti mengalihkan sesuatu yang ditanam penjaga gol lawan di tiang gol.

Tindakan penyerang Rayon Sports itu, dikenali sebagai Camera mengundang kemarahan penjaga gol dan pemain pasukan tuan rumah yang dilihat cuba mengejar untuk mendapatkan kembali objek tersebut.

Benar atau tidak?

Camera jelas berpendapat objek tersebut yang bekemungkinan adalah tangkal dan amalan ilmu hitam adalah penyebab beliau dan rakan-rakan gagal menjaringkan gol.

Insiden tersebut menyebabkan pergaduhan hampir berlaku di antara pemain kedua-dua pasukan. Pengadil perlawanan tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa melayangkan kad kuning kerana Camera mencetuskan situasi panas tersebut.

Adakah layangan kad kuning tersebut berbaloi? Apa yang berlaku selepas itu? Hanya selepas tiga minit tangkal tersebut dialih, Camera menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya.

Insiden tersebut mencetuskan kontroversi selepas perlawanan. Badan bola sepak Rwanda bertindak mendenda mana-mana pemain yang mengamalkan ilmu hitam sebanyak RWF100,000, iaitu bersamaan dengan RM664.72.

Jika pihak kelab mengetahui perkara tersebut dan cuba menyembunyikannya, maka tiga mata akan dipotong dan denda sebanyak RWF2.9 juta iaitu bersamaan dengan RM19,000.

Kontroversi ilmu hitam lain dalam bola sepak

Sebenarnya dakwaan pengamalan ilmu hitam ada di mana-mana sahaja termasuk di Eropah.

Pada 2017 misalnya, beberapa buah media dan tabloid di eropah melaporkan bahawa Porto tidak berpuas hati dengan kejayaan Benfica muncul sebagai juara Liga Portugal kerana Benfica menggunakan bantuan ahli sihir dan ilmu hitam!

Pengarah Komunikasi Porto, Francisco J. Marques berkata, beliau mendapat tahu akan perkara itu selepas membaca satu pertukaran penhantaran email di antara dua individu.

Dua individu yang dimaksudkan oleh Marques ialah Presiden Benfica, Luis Felipe Vieira dan juga Komisioner Polis Kebangsan Guinea-Bissau, Dr. Armando Nhaga.

Email di antara dua individu terbabit mengandungi ugutan dan cubaan sabotaj daripada Nhaga untuk menghalang Benfica memenangi kejuaraan Primeira Liga  untuk kali ke-4 berturut-turut melainkan jika dia dibayar sejumlah wang sagu hati.

Dr. Armandi Nhaga dipercayai adalah individu yang merupakan orang tengah, untuk membantu Benfica berhubung dengan ahli sihir yang dikenali sebagai “The Master in Lisbon”.

The Master In Lisbon

Wartawan ,Shilton daripada akhbar The Sun memetik sumber daripada Observador di Portugal melaporkan, Nhaga meminta sejumlah wang dari Vieira untuk memenuhi perjanjian di antara beliau dengan seorang bekas lembaga pengarah Benfica pada musim lalu.

Marques berkata email di antara Nhanga dan Vieira itu bertarikh 13 Februari.

Nhanga meminta Vieira menandatangani satu dokumen perjanjian sebelum perlawanan UEFA Champions League di antara Benfica dan Borussia Dortmund.

Email tersebut turut diikuti dengan satu lagi email mengandungi senarai perkhidmatan dengan kos £88,000 harus dibayar jika Benfica memenangi kejuaraan liga di Portugal.

Bagaimanapun, keputusan di pertandingan UEFA Champions League tidak seperti yang Benfica dan Vieira harapkan.

Borusia Dortmund selesa membelasah Benfica 4-0 dalam perlawanan timbal balik peringkat pusingan 16 pasukan walaupun telah menang 1-0 di tempat sendiri sebelumnya.

Kekalahan ini menyebabkan Vieira menghantar satu lagi email kepada Nhanga untuk bertanyakan sebab kekalahan dan ia dijawab oleh Nhanga dengan penuh yakin.

“Sesiapa sahaja yang cuba berurus niaga dengan kami pada kali ini, jelas anda tidak menurut perintah seperti yang diarahkan pada masa yang kami tetapkan.”

“The Master of Lisbon menunggu perkhabaran dari pihak anda. Apabila anda melakukannya, ia sudah terlambat untuk kami berbuat apa-apa.”

Nhanga dipercayai berkata demikian sebagai respon Benfica yang lambat memberikan maklum balas atas tuntutan “The Master of Lisbon”

Marques mendakwa, “The Master of Lisbon” tidak lain dan tidak bukan ialah adik kepada Nhanga sendiri.

DORTMUND, GERMANY – MARCH 08: Pierre-Emerick Aubameyang of Dortmund (C) scores a goal to make it 1-0 during the UEFA Champions League Round of 16: Second Leg match between Borussia Dortmund and SL Benfica at Signal Iduna Park on March 08, 2017 in Dortmund, Germany. (Photo by TF-Images/Getty Images)

“Kita berbicara mengenai ilmu hitam dengan kontrak jaringan gol di sini. Benfica membayar puluhan ribu untuk mengupah seorang ahli sihir.

“Ini sekaligus mempersoalkan kebolehan jurulatih, pemain-pemain dan profesionalisma pegawai eksekutif Pedro Guerra di Benfica.”

Tuduhan penggunaan ilmu hitam Porto terhadap Benfica ini ialah pada ketika siasatan sedang rancak dilakukan berkaitan skandal rasuah yang menyelubungi bola sepak Portugal.

DORTMUND, GERMANY – MARCH 08: The scoreboard after the final whistle during the UEFA Champions League Round of 16: Second Leg match between Borussia Dortmund and SL Benfica at Signal Iduna Park on March 08, 2017 in Dortmund, Germany. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Porto menafikan kelab berkenaan turut disiasat. Namun Marques mendakwa email dari Benfica kepada bekas presiden Primera Liga, Carlos Deus Pereira mempunyai bukti Benfica mengamalkan rasuah.

“Kami tidak risau dan sehingga kini kami belum lagi menjadi sasaran pihak penyiasat. Benfica mendakwa seolah-olah Porto cuba menipu dan mereka-raka cerita. Ini sungguh memalukan,” ujar Marques lagi.

Baca Juga

Baca Juga