Video: Bukti Kemuliaan Hati Kante Melayan Peminat Tak Kira Tempat Dan Masa

Pemain midfield Chelsea, N’Golo Kante dilihat melayan peminat beliau yang juga seorang pekerja pelayan di Pizza Express di Itali.

Beliau melayan pelayan tersebut untuk bergambar, menurunkan tandatangan pada sehelai tisu dan turut berbual bersama peminatnya itu.

Pemain berusia 30 tahun yang baru-baru ini turut tercalon dalam senarai pendek pemenang anugerah Ballon D’or 2021 itu, dilihat bergembira melayan peminatnya.

Peminat tersebut yang menggunakan akaun TikTok bernama, ffsfin memuat naik video beliau bersama pemain kebangsaan Perancis itu di tempat kerjanya.

Di dalam video tersebut, Kante dilihat menurunkan tandatangan di atas sehelai tisu, dan beliau juga turut melayan peminat tersebut untuk bergambar.

Peminat tersebut kemudiannya mengucapkan selamat kepada Kante, sebelum beliau pergi menyambung kerja hakikinya.

Kante dianggap antara pemain paling merendah diri dan berhati mulia dalam dunia bola sepak, dan beliau turut pernah terlibat dengan beberapa detik insah bersama para peminat.

Kembali pada tahun 2018 yang lalu, pemain midfield yang mempunyai lima jantung itu menerima pelawaan peminat untuk makan malam, serta menonton bola di rumahnya.

Pemilik akaun twitter bernama Abzzy Rahman berkongsi gambar beliau bersama Kante di rumahnya, dengan mendakwa pemenang Piala Dunia itu datang ke rumahnya selepas diundang oleh adiknya.

“Ketika adik kepada kawan kamu berjumpa Kante di Masjid untuk solat petang dan menjemput dia untuk makan malam di rumah.”

Tulis beliau.

“Kante sememangnya seorang yang merendah diri.”

Kante turut sempat berbual dengan seorang peminat di pasaraya pada bulan lalu, ketika beliau sedang membeli belah.

Sarfaz Ahmed menyatakan bahawa:

“Keluar sebentar untuk beli keperluan di Asda dan lihat siapa yang saya jumpa. Pemain yang hebat dan manusia yang mulia! Sangat baik, sudi bergambar bersama sama dan dia sangat sopan.”

Kante anggap dirinya hanya manusia biasa

N’Golo Kante sementara itu merasakan peminat sebenarnya terlalu memandang tinggi terhadapnya, sedangkan beliau hanya manusia biasa sama seperti pemain lain.

Kante telah menjadi salah seorang pemain yang pasukan seteru sendiri tidak mampu untuk membencinya.

Beliau bahkan disayangi dan dihormati oleh peminat bola sepak seluruh dunia kerana kemuliaan dan kesucian hatinya.

Tidak dilupakan juga aksi dan kehebatan beliau di atas padang turut dikagumi oleh para peminat seluruh dunia.

Dari kisah memandu Mini Cooper untuk ke padang latihan, menerima undangan dari peminat untuk makan malam dan menonton TV bersama, bekas bintang Leicester City itu senantiasa melakukan hal-hal yang membuatkan peminat semakin sayang dan kagum dengannya.

Namun apa yang menariknya, Kante berjaya untuk menunjukkan sikap merendah diri dengan menganggap beliau hanya manusia biasa dan sama saja seperti pemain lain.

“Ia sangat benar yang mana ada ketika, imej ini dianggap terlalu mulia dan terlalu indah.”

Jelas beliau dalam satu sidang media di Clairefontaine, menurut Get Football News France.

“Tapi pada akhirnya, saya hanya seorang pemain yang biasa sahaja. Pemain yang sama seperti pemain lain.”

“Tak perlu pun untuk kata yang saya paling baik, atau mulia. Saya hanya pemain yang sama seperti pemain lain. Saya rasa kadang kala ia agak berlebihan. Ia tak perlu untuk dianggap begitu.”

“Ia sangat benar yang saya mahu ada
hubungan yang baik dengan rakan sepasukan saya, untuk ada hubungan yang baik dengan orang yang saya temui di jalanan dan dalam dunia bola sepak.”

“Tapi selain dari itu, masih ramai pemain macam itu dalam dunia bola sepak. Kita tak perlu untuk bangkitkan semua cerita ini dan ada juga yang suka menokok tambah.”

Tapi sebenarnya peminat bukan berlebih-lebihan atau mahu memperbesarkan hal yang kecil, namun Kante sememangnya seorang pemain yang berbeza dari pemain lain.

Beliau comel, pemalu, baik, mulia dan tak sampai hati untuk peminat mengkritik mahupun mengabaikan kebaikan yang beliau lakukan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Troll City, Noel Dan Liam Guna Lirik Lagu Oasis