Video: Casemiro Rembat Muka Fred Dan Ia Dilihat Sangat Menyakitkan

Aksi Casemiro merembat muka Fred ketika beraksi untuk skuad kebangsaan Brazil bertemu Colombia pagi semalam merupakan insiden paling menarik dalam perlawanan tersebut.

Brazil turun bertemu Colombia dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia di Estadio Municipal de Maracana pagi semalam.

Skuad kendalian Tite itu berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan pasukan pelawat, dengan mereka sebenarnya mendominasi hampir separuh penguasaan bola dalam perlawanan tersebut.

Brazil memiliki banyak kesempatan untuk menambah jaringan dalam perlawanan ini, namun ketumpulan jentera serangan menggagalkan usaha mereka untuk kenduri gol.

Skuad kebangsaan Brazil berjaya mencipta 16 percubaan sepanjang perlawanan, dengan enam darinya merupakan percubaan tepat.

Colombia jelas didominasi teruk sepanjang perlawanan ini, namun mereka bernasib baik kerana penjaga gol, David Ospina beraksi sangat cemerlang dengan menyelamatkan lima percubaan ke arah gawang golnya.

Brazil berjaya memperoleh gol kemenangan mereka dalam perlawanan ini menerusi Lucas Paqueta yang cemerlang menyudahkan hantaran Neymar pada minit ke-72 permainan.

Antara insiden paling menarik dalam perlawanan ini adalah ketika Casemiro merembat muka Fred di tengah-tengah padang, dan ramai yang percaya perbuatan bintang Real Madrid itu seolah-olah disengajakan.

Fred ketika itu berdepan dengan Yairo Moreno dan bola melantun ke belakang jatuh di hadapan kaki Casemiro yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk mengeluarkan bola tersebut.

Bola rembatan Casemiro tepat mengenai muka Fred sebelum terbias keluar dari kawasan permainan, dan ramai yang menganggap ia terlalu sempurna untuk dianggap tak sengaja.

Berbanding mengawal dahulu bola tersebut, Casemiro lebih memilih untuk merembat lurus ke depan dengan beliau sedar rakan sepasukannya berada di hadapan beliau pada ketika itu.

Casemiro sepatutnya boleh mengawal bola itu terlebih dahulu, kerana beliau bersama Fred di kawasan tersebut sementara Yairo Moreno hanya berseorangan.

Jadi untuk dua pemain berdepan dengan seorang pemain di kawasan tengah padang tanpa tekanan, keputusan Casemiro untuk merembat lurus bola itu agak kurang bijak.

Beliau mungkin benar-benar tidak sengaja untuk menghalakan bola ke muka Fred, dan memang berniat untuk merembat bola ke atas.

Namun situasi pada ketika itu menyebabkan ramai peminat yang menganggap Casemiro sebenarnya berdendam dengan Fred dan kerana itulah beliau merembat muka bintang Man Utd itu.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, para penyokong Manchester United bahkan bergembira meraikan insiden tersebut, dan mengucapkan terima kasih kepada Casemiro kerana sudi beri pengajaran kepada Fred.

“Nampak macam sengaja, tapi saya tak peduli semua itu, yang penting terima kasih sebab sedarkan dia.”

“Tengok Fred dapat pakai nombor 8 dekat Brazil pun dah boleh buat penyokong sana merusuh, mungkin sebab itu Casemiro bagi dia pengajaran.”

“Saya harap dia tak cedera parah, tapi sejujurnya saya tak boleh tipu diri sendiri, saya gembira lihat dia kena rembat.”

“Semoga dia sedar yang dia selalu membebankan rakan sepasukan, selalu hilang tempat, selalu terlepas orang, jadi itu pengajaran untuk dia.”

“Bruno Fernandes sepatutnya dah lama buat macam ni dekat Man Utd, mungkin lepas ni perlu ada wakil United yang patut bagi Fred pengajaran seperti ini.”

Brazil selepas ini bakal turun beraksi bertemu Argentina untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar, dengan kedua-dua pasukan selesa berada di dua kedudukan teratas dalam kumpulan.

Colombia pula akan turun beraksi bertemu Paraguay dengan mereka kini berada di kedudukan kelima, berkongsi mata dengan Uruguay untuk berebut tempat layak ke play off.

Sumber: troll football

BACA:  Casemiro Laung Amaran: "Saya Datang Sini Nak Julang EPL, Bukan Kerana Duit"