Video: Gabungan Aksi Luar Biasa Mo Salah Mempermainkan Pertahanan Lawan

Semua peminat sukan tidak dapat menyaksikan sukan kegemaran mereka akibat dari serangan virus Covid-19 ini.

Kesemua sukan utama di dunia ini terpaksa digantung dan ada yang sudah dibatalkan demi untuk melawan virus Covid-19 ini.

Keputusan untuk menangguh dan membatalkan segala jenis sukan di dunia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perhimpunan manusia disamping untuk melindungi atlet juga.

Liga Perdana Inggeris antara yang sedang dalam penggantungan dan dijangka akan digantung sehingga 30 April nanti.

Namun sekiranya keadaan masih dalam keadaan berbahaya, Pihak FA mungkin akan mengumumkan sesuatu yang baru, mungkin menangguhkan penggantungan atau membatalkan terus Liga.

Terbaru, pihak FA merenca untuk mengadakan perlawanan secara tertutup di tempat yang kurang jangkitan dan semua perlawanan akan diadakan sepeti kejohanan Piala Dunia.

Bermaksud setiap hari akan ada perlawanan Premier League sehingga habis semua baki perlawanan liga musim ini.

Liverpool antara pasukan yang paling terkesan dengan penggantungan Liga ini. Mereka sedang mendahului liga dengan kelebihan 25 mata tetapi berkemungkinan akan terlepas kejuaraan sekiranya Liga dibatalkan.

Memandangkan kini tiada siaran langsung bola sepak, jadi ada seorang peminat mengumpulkan aksi dari Mo Salah kemudian dimuat naik ke laman sosial.

Video itu dimuat naik pada minggu lalu, memaparkan aksi terbaik dari Mo Salah dengan dribble dan skill yang luar biasa.

The Egyptian king adalah seorang pemain sayap yang mempunyai kelajuan dan skill yang sangat luar biasa.

Beliau memulakan aksi di premier league bersama pasukan Chelsea tetapi aksinya tidak menjadi disana serta lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan sahaja.

Salah kemudian berhijrah ke AS Roma dan telah mempamerkan aksi mantap disana sehingga berjaya menarik minat Liverpool untuk mendapatkannya.

Salah menjadi antara pemain terbaik dunia sejak bersama pasukan penakluk bumi, Liverpool.

Beliau telah menjaringkan 91 gol dari 144 penampilan bersama pasukan terhebat dunia Liverpool.

Salah kini merupakan pemain tonggak untuk skuad kendalian Jurgen Klopp. Gandingan beliau bersama Mane dan Firmino menjadi trio yang paling digeruni di premier league.

Trio itu juga selain dari mendominasi premier league, mereka turut menjadi trio terhebat dipentas Eropah sehingga berjaya membawa nama benua Eropah menjuarai FIFA Club World Cup.

Sejak kehadiran beliau bersama the reds, Mo Salah telah mengukir namanya di atas golden boots yang sentiasa menjadi miliknya sejak beberapa musim ini.

Ketajaman skill salah dalam menjaringkan gol sudah sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi, beliau sememangnya pemain sayap yang mempunyai deria menjaringkan gol yang sangat luar biasa.

Kemampuan beliau menggelecek lawannya turut harus diakui oleh semua pihak. Salah selain dari mempunyai kepantasan, beliau juga mempunyai gerak tari yang mampu menggelecek pertahanan lawan dengan mudah.

Video berdurasi 10 minit itu menunjukkan bagaimana Salah mendominasi pertahanan dengan mudah dan bersahaja.

Peminat bola sepak seluruh dunia kini tidak sabar untuk melihat aksi bola sepak dari pasukan masing-masing. Namun semuanya harus bergantung kepada keadaan semasa.

Semoga virus Covid-19 ini segera dilawan dan dunia kembali ceria seperti sebelumnya.

BACA:  Firmino Gelar Ramos Dengan Panggilan Bodoh Berikutan Komen Terhadap Salah