Video: Gandingan Van Dijk Dan Konate Terlalu Sukar Untuk Ditewaskan

Liverpool mungkin tidak mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini ketika aksi bertemu Inter Milan awal pagi tadi.

Namun tidak keterlaluan untuk mengatakan yang mereka kini selangkah sudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Champions League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Inter Milan di San Siro, dengan Roberto Firmino dan Mohamed Salah muncul sebagai penjaring gol untuk skuad The Reds.

Walau Liverpool berjaya mendominasi perlawanan tersebut, namun mereka sebenarnya hanya mampu mencatatkan dua on target sahaja sepanjang perlawanan.

Inter Milan berjaya memberi tekanan kepada barisan pertahanan Liverpool, namun mereka gagal untuk mencipta sebarang on target.

Satu-satunya sebab mengapa Alisson Becker tak perlu melakukan sebarang save dalam perlawanan ini adalah kerana kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Virgil Van Dijk dan Ibrahima Konate di posisi centre-back.

Van Dijk tidak dinafikan lagi berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut, seterusnya memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan.

Kebiasaannya beliau bermain dengan bagus bersama Joel Matip di sebelahnya, namun hari ini, bersama Konate, Van Dijk nampak lebih kental dan sukar untuk ditewaskan.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang kedua-dua Van Dijk dan Konate sama hebat dan sama kental serta sukar untuk ditandingi oleh jentera serangan pasukan lawan.

Gandingan bahaya Lautaro Martinez dan Edin Dzeko nampak langsung tak beri kesan kepada Ibrahima Konate dan Virgil Van Dijk dalam perlawanan ini.

Mereka terlalu kebal dan terlalu kental untuk ditandatangani dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka merupakan duo centre-back terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Rangkuman aksi persembahan kedua-dua mereka menunjukkan yang Liverpool sebenarnya memiliki duo centre-back terhebat dunia yang akan menjadi tembok kebal untuk melindungi Alisson Becker.

Video tersebut menunjukkan bagaimana tenangnya Virgil Van Dijk dan bintang berusia 22 tahun itu menyerap asakan dari pasukan lawan, dan mereka juga nampak terlalu mudah mematahkan serangan lawan.

Lihat rangkuman aksi hebat yang dipersembahkan oleh gandingan Virgil Van Dijk dan Ibrahima Konate ketika aksi bertemu Inter Milan awal pagi tadi.

Gandingan yang sungguh luar biasa dasyat!

“Bermula dari sekarang, Jurgen Klopp sepatutnya menggandingkan Konate dengan Van Dijk. Mereka nampak terlalu sukar untuk dikalahkan.”

“Saya bukan tak suka Joel Matip, tapi kita semua kena terima yang gandingan Van Dijk dan Konate memang luar biasa dan ia harus dikekalkan.”

“Gandingan Konate dan Van Dijk layak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini, inilah aksi masterclasses pemain pertahanan sebenar.”

“Aksi terbaik, tak terucap dengan kata-kata melihat bagaimana hebatnya gandingan kedua-dua mereka.”

“Tak nampak ada kelemahan langsung ketika Van Dijk digandingkan dengan Konate. Aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

Tak cukup dengan komen dari para peminat, legenda setan merah, Rio Ferdinand sendiri turut meluahkan rasa teruja beliau melihat gandingan Van Dijk dan Konate.

“Saya rasa 2-0 sudah cukup selesa untuk mereka.”

Jelas Ferdinand.

“Tetapi asas kepada kebanyakan persembahan di halaman lawan di pusingan ini dalam saingan Champions League adalah pertahanan yang bagus, dan hari ini ia adalah hal yang dilakukan oleh Liverpool.”

“Dua centre-back mereka sungguh menakjubkan, Fabinho juga. Kamu perlu berdepan dengan badai dalam sesebuah perlawanan.”

Konate telah ditandatangani oleh Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta, namun beliau harus bersabar untuk menanti kesempatan agar dapat beraksi sebagai pemain utama.

Matip lebih menjadi pilihan utama Jurgen Klopp berbanding Konate untuk digandingkan bersama Virgil Van Dijk sebagai duo centre-back Liverpool.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Perancis itu kini sudah turun beraksi dalam 15 perlawanan bersama skuad Liverpool, dan menariknya lagi beliau masih belum rasa kalah ketika menyarung jersi The Reds.

Melihat kepada usianya yang masih muda dan bakat hebat yang telah beliau persembahkan, tidak akan mengejutkan Konate bakal menjadi prospek pertahanan terhebat dunia di masa hadapan.

Peminat juga selepas ini berkemungkinan akan mampu melihat bagaimana Konate dan Van Dijk bakal menjadi tembok kebal yang akan beri perlindungan kepada gawang gol The Reds.

Sumber: GMS

BACA:  Van Dijk Terima Pujian Kerana Tenangkan Pengadil Yang Kesedihan