VIDEO: Gol Roket Enciso Lawan Man City Terbangkan Brighton Ke Eropah

Gol penyamaan menakjubkan daripada Julio Enciso membantu Brighton mengikat Manchester City dan kini mengesahkan kelab itu beraksi di Europa League pada musim hadapan.

City mungkin sudah bergelar juara, namun pertemuan di antara kedua-dua perlawanan masih lagi menarik untuk disaksikan.

City turun beraksi dalam perlawanan ini dengan motivasi untuk mengekalkan mentaliti untuk menang yang diterapkan oleh Pep Guardiola sejak awal musim.

Brighton pula adalah sebuah pasukan yang begitu menyerlah di bawah kendalian Roberto de Zerbi musim ini. Dan mereka memberi tentangan sengit kepada City, jauh lebih hebat berbanding mana-mana pasukan pada musim ini.

Dalam perlawanan pada malam tadi, Brighton menghasilkan 20 percubaan ke arah gawang City. Ini menjadikan Brighton kelab pertama di Premier League yang berjaya berbuat demikian ketika berhadapan skuad kendalian Guardiola.

Julio Enciso yang dianggap dianggap telah berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya di musim pertama bola sepak Inggeris, menghasilkan jaringan dari jarak kira-kira 25 meter untuk menewaskan Stefan Ortega di hadapan gawang City.

Ini bermakna pemain berusia 19 tahun dari Uruguay itu kini telah menjaringkan gol menentang Chelsea, Arsenl dan juara premier League pada musim ini – kesemuanya ibarat kompilasi jaringan-jaringan cantik Premier League.

Sebelum itu Phil Foden meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-25 perlawanan, sebelum Enciso yang jaringannya tersenarai sebagai antara gol tercantik bulan April- mempamerkan magisnya sekali lagi.

“Ketua Jurulatih, rakan sepasukan dan penyokong sentiasa percayakan saya dan mereka telah membantu saya dalam banyak perkara. Saya menambah baik kemampuan diri di setiap perlawanan dan saya sedar perlu terus bekerja keras agar mampu meneruskan peningkatan di setiap perlawanan,” ujar Enciso selepas perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang penuh emosi buat saya [selepas turut dinamakan pemain terbaik perlawanan] kerana sejak kanak-kanak saya mengimpikan untuk beraksi di Premier League.

“Menerima anugerah ini [yang pertama] membuatkan saya sedikit beremosi dan saya tujukan ini kepada keluarga dan sahabat di Paraguay.”

BACA:  Di Mana 3 Pemain Thailand Yang Diikat Manchester City Pada 2007 Berada Sekarang?