Video: Imbas Kembali Detik Pengadil Meminta Selfiy Bersama Kaka

Kaka merupakan seorang legenda dalam sejarah bola sepak Brazil. Beliau juga seorang pemain paling ikonik yang pernah menghiasi dunia bola sepak.

Ricardo Kaka antara pemain nombor 10 yang terbaik di dalam sejarah bola sepak. Terutama sekali ketika waktu kemuncaknya di AC Milan.

Kemuncak karier paling gemilang untuk Kaka ketika beliau beraksi bersama AC Milan adalah, legenda Brazil itu berjaya memenangi Ballon d’or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA tahun 2007.

Namun selepas itu beliau terpaksa meninggalkan AC Milan ke Real Madrid kerana kelab mahu menjualnya untuk kestabilan ekonomi kelab. Ketika itu Milan ada krisis kewangan.

Di Real Madrid Kaka gagal menyerlah seperti aksinya bersama AC Milan. Selain daripada isu kecergasan dan kecederaan, Kaka ternyata masih berharap untuk kembali ke San Siro.

Walau apa pun terjadi, Kaka tetap dihormati dan dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman.

Legenda bola sepak Brazil itu antara pemain yang paling ramai peminat dan boleh dikatakan beliau tiada pembenci.

Kaka mempunyai lebih daripada 16 juta pengikut di Instagram dan 29.6 juta di Twitter. Beliau sangat dikagumi oleh semua peminat bola sepak sehingga pengadil perlawanan juga sangat berminat untuk berselfie dengannya.

Tahun lalu, ikon bola sepak Brazil itu telah terlibat dalam satu perlawanan amal untuk pasukan kebangsaannya menenrang Israel.

Dalam perlawanan itu Kaka dengan tiba-tiba dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, beliau bingung memikirkan apakah kesalahan yang dilakukan hingga menerima kad kuning.

Dengan tiba-tiba, pengadil perlawanan itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu meminta Kaka untuk selfiy bersamanya.

Kaka tersenyum lalu memenuhi permintaan dari pengadil perlawanan untuk bergambar bersamanya, reaksi sporting beliau mendapat sorakan dari para peminat yang hadir menyaksikan perlawanan amal tersebut.

Kesempatan untuk mencipta kenangan bersama legenda terbaik dunia itu dimanfaatkan dengan baik oleh pengadil perlawanan tersebut.

Pengadil hanya mahu bergambar dengan Kaka, yang dengan jelasnya membuktikan bahawa beliau benar-benar mengidolakan Kaka.

Sejak tahun 2004, Kaka telah menjadi duta untuk Program Makanan Dunia PBB dan sebelumnya beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang tokoh yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.

Kaka mengumumkan persaraan dalam dunia bola sepak pada Disember 2017, sepanjang kariernya Kaka telah menjaringkan 161 gol dan 147 assist dari 529 perlawanan.

BACA:Β  Kaka Dedah Lukaku Mengingatkan Beliau Kepada Salah Seorang Penyerang Legenda