Video: Imbas Kembali Jaringan Tercantik Dari Cristiano Ronaldo

Jika mahu mencari gol tercantik jaringan dari Cristiano Ronaldo sepanjang kariernya, tidak syak lagi kita harus terokai jaringan bintang Portugal itu ketika bersama setan merah.

Cristiano Ronaldo kini telah menjaringkan 725 gol sepanjang karier cemerlang beliau.

Ronaldo telah berjaya menghasilkan jaringan dari sentuhan mudah, tandukan, rembatan jarak jauh, gol lipat, backheels, sepakan percuma dan segala macam cara lagi.

Boleh dikatakan setiap satu dari lima gol jaringan yang beliau hasilkan pastinya jaringan yang luar biasa hebat.

Tetapi sekiranya berbicara tentang ketajaman jaringan dari Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d’or ini sememangnya mempunyai gaya penyudah yang mantap.

11 tahun lalu, Ronaldo turun beraksi untuk setan merah bertemu pasukan Porto dalam saingan Liga Juara-juara.

Ketika itu Ronaldo berjaya membuktikan kebolehan luar biasanya dalam aksi di pentas yang besar.

Beliau berjaya menjaringkan salah satu gol jarak jauh tercantik yang pernah disaksikan dalam sejarah bola sepak apa lagi bagi para peminatnya sendiri.

Jaringan itu sememangnya mampu membuatkan segala jenis bulu dibadan berdiri, dan waktu tiada acara sukan dilangsungkan seperti sekarang, sesuai sangat untuk kita kenang kembali jaringan itu.

Setan merah ketika itu sedang terikat dengan pasukan Porto yang mana sesiapa saja berjaya menjaringkan satu gol maka pasukan itu bakal layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-juara menentang Arsenal ketika itu.

Dan kerana hal itu saja yang bermain difikiran, Ronaldo berjaya mendapatkan gol untuk setan merah lalu menghampakan harapan para penyokong pasukan Porto di halaman mereka sendiri.

Saksikan rakaman gol jarak jauh tercantik hasil jaringan Cristiano Ronaldo:

Ronaldo menerima hantaran dari Anderson lalu beliau membawa bola ke tengah sebelum melepaskan rembatan padu tepat menuju sudut sebelah kanan gol gawang Porto.

Bukan mudah untuk mendapatkan ketepatan dari rembatan padu dari jarak 40 ela seperti itu.

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan salah satu gol terbaik dan tercantik dalam sejarah Liga Juara-juara Eropah.

Seterusnya mencatatkan satu lagi kejayaan cemerlang beliau dalam karier bola sepaknya.

Dan gol jaringan beliau di Estadio do Dragao berjaya membawa setan merah mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-juara.

Gol itu berjaya mendapat perhatian dari kebanyakan peminat, para pundit serta penyokong pasukan lawan sendiri.

Yang menariknya gol itu turut mendapat perhatian dari para saintis profesional, mereka menonton semula rakaman jaringan itu dan menganggarkan rembatan Ronaldo mempunyai kelajuan 64.2mph.

Jaringan itu turut memenangi Anugerah Puskas Goal Of The Year 2009. Bagi Ronaldo sendiri jaringan itu mungkin permulaan yang baik untuk beliau meneruskan kariernya dalam sukan bola sepak.

Tetapi untuk para peminat, gol secantik itu akan kekal dikenang dulu kini dan selamanya.

BACA:  Pandangan Wenger Tentang Keputusan United Tandatangani Semula Cristiano Ronaldo