[VIDEO] Jamie Carragher Gunakan Teknologi ‘Virtual Reality’ Untuk Menganalisa Perlawanan

Share on facebook
Share on twitter

‘Virtual Reality’ semakin popular dan kini ia sudah mula digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Menjelang perlawanan Liverpool menentang West Ham awal pagi tadi, Sky Sports mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru apabila menggunakan teknologi ‘Virtual Reality’ untuk menganalisa perlawanan.

Jamie Carragher mendapat peluang mencuba teknologi ‘VR’ buat kali pertama

Bekas pemain Liverpool yang kini sinonim dengan Sky Sports, Jamie Carragher dipertanggungjawabkan untuk mencuba teknologi tersebut.

Beliau memakai cermin mata ‘VR’ untuk menganalisa perlawanan tersebut dan melakukan tugasnya dengan cukup baik.

Carragher menggunakan perlawanan Manchester City menentang Arsenal untuk menganalisa dengan lebih dalam kelemahan barisan pertahanan Arsenal.

Carragher dilihat mengfokuskan perhatiannya pada Stephan Lichsteiner yang bermain sebagai bek kanan Arsenal dalam perlawanan tersebut. Lichsteiner bergelut untuk mengawal pergerakan Raheem Sterling sepanjang perlawanan.

Anda boleh lihat sendiri grafik yang dibawa oleh teknologi ‘VR’ ini dan ia sungguh teliti sekali ! Walaupun grafiknya macam main FIFA 1998 dulu.

BACA:  Jadual Liga Perdana Inggeris 2015/2016. BPL Bermula 8 Ogos 2015
Share on facebook
Share on twitter