Kecederaan Kaki Terburuk Dalam Sejarah American Football

Amaran, kepada mereka yang lemah jantung dan syahwat, anda disaran untuk membaca sahaja artikel ini tanpa menekan butang ‘play’ pada video di bawah.

Dalam perlawanan NFL ‘Wild Card’ semalam yang menemukan Dallas Cowboys dan Seattle Seahawks, berlaku satu insiden kecederaan yang sangat menggerunkan yang mampu membunuh karier.

Detik mencemaskan dimana Hurns mengerang kesakitan

Pemain ‘Receiver Dallas Cowboys, Allen Hurns mengalami kecederaan paling teruk dalam sejarah American Football apabila kaki kirinya terpulas ke arah belakang ketika cuba menyambut bola yang dilempar oleh ‘quaterback’, Dark Prescott.

Ia merupakan kecederaan yang sangat serius sehingga pemain yang berada berdekatan dengan tempat kejadian tidak sanggup melihat keadaan kaki Hurns.

Hurns menerima rawatan segera dari pasukan perubatan. Tiada pemain Cowboys yang sanggupp melihat kecederaan Hurns. Fobia

Hurns menerima rawatan segera dari pasukan perubatan Cowboys sebelum dibawa ke hospital berdekatan. Tidak lama selepas itu, pemilik Cowboys Jerry Jones mengesahkan pemain berusia 27 tahun itu mengalami ‘dislocated left ankle’ dan patah tulang.

Hurns dilaporkan telah menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut dan menurut ESPN, beliau dijangka akan kembali bermain seawal-awalnya bulan Ogos nanti.

Rakan sepasukan Hurns, Cole Beasley diminta untuk mengulas mengenai kecederaan tersebut selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

“Ia sangat teruk. Anda tidak mahu melihat kecederaan seperti itu berlaku terhadap rakan anda. Sungguh malang sekali.”

“Saya kasihan dengan Hurns dan saya berharap beliau akan terus bersemangat.”

Baca Juga

Baca Juga