Kelab yang pernah kuat suatu ketika dahulu, Manchester United, kini telah gagal untuk meanang dalam tiga perlawanan berturut-turut, membazirkan gol pendahuluan 1-0 dalam kesemua perlawanan tersebut.
Dalam ketiga-tiga perlawanan, nak kata Manchester United tak ada peluang untuk jaringkan gol, tak boleh juga kerana setiap kali menyerang mereka akan sampai dan masuk ke kotak penalti pasukan lawan.
Bagi mereka yang tidak sempat atau segan untuk menonton pasukan ini dalam dua perlawanan mutakhir liga, tidak mengapa kerana anda tidak rugi apa-apa. Anda hanya cuma perlu menonton perlawanan Manchester United menentang Middlesborough, lepas tu ulang tengok lagi dua kali kerana hasilnya sama sahaja.
Dalam dua perlawanan liga tersebut, ketika menentang Burnley dan Southampton, anak buah Ralf Rangnick sekali lagi berjaya mendahului lawan satu gol, dan dibolosi pada minit-minit awal separuh masa kedua dan selepas itu, pasukan Syaithon Merah ini terus gagal untuk mencari gol pendahuluan kembali.
Ketika seri menentang Southampton pada hari Sabtu yang lalu, pasukan kendalian Ralph Hassenhutl sebenarnya layak untuk memenangi perlawanan tersebut, dengan legenda Manchester United, Gary Neville mengatakan bahawa pasukan Soton bagaikan sedia melanggar segala peraturan untuk mendapatkan tiga mata berharga.
Dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut, Manchester United telah melakukan 64 cubaan, dengan hanya 22 dikira sebagai cubaan tepat dan seorang pengguna Twitter telah membuat satu kompilasi video tentang betapa mandulnya barisan serangan pasukan yang bertapak di Old Trafford ini.
Man Utd – Missed chances over the last 3 games. pic.twitter.com/DCW7EYqb7e
— Rangnick’s Reds ✍🏼🇩🇪 (@RangnickBall) February 13, 2022
Antara petikan video yang dikepilkan dalam kompilasi tersebut adalah aksi Cristiano Ronaldo yang gagal menyudahkan penalti dalam perlawanan menentang Middlesborough, dan juga Bruno Fernandes yang hilang akal menghentam bola ke tiang gol meskipun pintu gawang sudah terbuka luas dengan penjaga gol termati langkah jauh di hadapan di dalam kotak penalti.
Sebelum ini, dua bintang Portugal itu adalah antara penjaring gol yang boleh diharapkan untuk pasukan ini dan dalam perlawanan menentang kelab Liga Kejuaraan tersebut, pandangan mereka bagai terhijab dari melihat di mana kedudukan gol yang sebenar.
🔴 Cristiano Ronaldo in 2022:
⚽️ 0 Goals
🎯 0 Assists
🗣 0 Siuuus
❌ 1 Penalty Miss pic.twitter.com/4GeuubZ6xu— ODDSbible (@ODDSbible) February 12, 2022
Pemain yang dibeli dengan harga puluhan juta pound sterling, Jadon Sancho, bersama pemain lepasan akademi Marcus Rashford, muncul antara penyumbang dalam kategori pembaziran di depan gol, meskipun Sancho berjaya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka setakat ini.
Sebahagian daripada peluang-peluang di dalam video tersebut, ada yang tidak berakhir dengan cubaan di mana ada video Cristiano Ronaldo cuba melakukan backheel untuk mengelakkan bola keluar, tetapi bola tersadung di kakinya sendiri. Kelakar, kan?
Jadon Sancho scores his first Premier League goal at Old Trafford 🤩 pic.twitter.com/K284tjhoyV
— GOAL (@goal) February 12, 2022
Dalam perlawanan menentang Middlesborough, bola hantaran lintang Fred telah ditanduk oleh seorang pemain Manchester United [mungkin Anthony Elanga] di dalam kotak penalti, akan tetapi tandukan tersebut dilhat lebih kepada meniru tandukan penyerang sensasi Malaysia, Guilherme de Paula ketika kempen Piala AFF Suzuki baru-baru ini.
Adakah ini bermaksud para penyerang Manchester United perlu membeli but bola yang baru yang khusus untuk shooting?
Ketika pemain berhempas pulas [atau lebih tepat terkial-kial] menentang Southampton, para penonton tuan rumah di Old Trafford bertindak mencemuh dan bersorak dalam nada menganjing ketika enam pemain mereka termakan perangkap ofsaid yang dibuat oleh pemain The Saints ketika sepakan percuma diambil.
Bagi orang yang tak tahu, mungkin mereka akan mengatakan bahawa anak buah Rangnick sedang melakukan tugas bertahan ketika bola mati dengan bagus, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Walaubagaimanapun, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pemain serangan kerana dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut, barisan pertahanan juga turut melepaskan gol, dan gol-gol tersebut boleh dianggap tidak akan terjadi jika pemain Manchester United lebih fokus dan main bola dengan cara yang betul dan bukan bertaraf Liga M3 di Malaysia.
BREAKING: Harry Maguire has invented no-look defending. pic.twitter.com/edByOG5FoA
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) February 12, 2022
Daripada ramai-ramai pemain Manchester United, mungkin hanya David De Gea yang boleh dipuji kerana pada musim ini, dia sangat cemerlang menyelamatkan gawangnya daripada dikendurikan oleh pemain-pemain lawan.
Tapi itu lah, David De Gea dengan pertahanan Manchester United ni ibarat nak tahan ombak di pantai dengan menggunakan ranting getah, dan ranting getah tersebut adalah kapten mereka, Harry Maguire.
Pada musim ini, Maguire benar-benar beraksi di bawah kemampuannya yang sebenar dan banyak melakukan aksi kelakar dan menghiburkan penyokong bola sepak yang membenci pasukan Manchester United.
Sampai bilakah episod sedih ini akan terus menghantui para penyokong Manchester United? Biarlah masa yang menentukan.
Sumber cerita : SB