Pelampung uda unicorn sudah amat sinonim dengan skuad The Three Lions. Pertama kali ia melakukan kemunculan ialah tiga tahun lalu di Rusia. Sejak dari itu ia seperti menjadi bahan riadah kegemaran skuad kendalian Gareth Southgate terutama ketika santai atau proses pemulihan di kolam renang.
England sudah melalui lima perlawanan setakat ini. Terbaru anak buah Southgate menewaskan Ukraine 4-0, sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2020.
Recovery mode: 🔛 pic.twitter.com/P6oEmxWtSU
— England (@England) July 4, 2021
Kini England perlu menewaskan Denmark untuk peluang memburu trofi pertama di kejohanan antarabangsa pertama sejak 1966. England mempunyai kelebihan kerana akan beraksi di Wembley selepas ini.
Dan selepas kemenangan ke atas Ukraine di Rom, skuad England ini sempat bersantai dan berehat di kolam renang, sekali lagi dengan pelampung kegemaran mereka – kuda unicorn. Sebenarnya ada banyak lagi jenis pelampung dan mainan disediakan untuk barisan pemain beriadah dan santai.
Pemain tengah, Declan Rice yang beraksi dalam semua lima perlawanan di Euro 2020 dirakam terjun ke dalam kolam untuk menerkam pelampung ikan jerung. Mason Mount di belakang kelihatan kagum dengan gelagat rakan sepasukannya itu.
Jack Grealish pula bermain bola tampar dan disertai oleh Marcus Rashford. Turut tidak lari dari tumpuan semestinya bintang muda Arsenal dan England yang menyerlah di Euro 2020, iaitu Bukayo Saka.
Wait for it…
😂 @BukayoSaka87 pic.twitter.com/1YIbBTwgqt
— England (@England) July 4, 2021
Pertama kali bertemu dan teruja dengan kuda unicord, Saka tidak membuang masa untuk menguji kuda kegemaran pemain seperti Harry Maguire dan Jesse Lingard sebelum ini.
Malangnya Saka hilang imbangan dan terhumban ke dalam kolam. Momen tersebut sempat dirakam oleh akaun Twitte skuad England.
Satu perkara pasti Saka seperti dirasuk saka apabla berjumpa dengan kuda unicorn.
Suka benda baru
Dalam karier bola sepaknya setakat ini, Bukayo Saka telahpun membuktikan bahawa dia merupakan bakat yang luar biasa, baik sama ada ketika beraksi dengan England ataupun di peringkat kelab bersama Arsenal.
Saka juga telah menjadi tonggak Arsenal dan muncul sebagai pemain yang spektakular ketika bersama England, di mana dia diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan ketika pasukan Tiga Singa itu bertemu Republik Czech dalam perlawanan terakhir kumpulan D tempoh hari.
Ketika sesi berehat di ibu pejabat FA England, Saka mencuba satu sukan yang baharu buat dirinya – golf.
I love this guy so much man – just watch him trying to play golf😂😂
You’re a joker @BukayoSaka87!🤣
📸 @ESPNUK pic.twitter.com/wzemKNg335
— now.arsenal 🏴 (@now_arsenaI) June 24, 2021
Selepas aksinya dirakam rakan sepasukan, Harry Maguire, boleh dikatakan Saka bukanlah bakal pengganti Tiger Woods.
Tapi apa yang berlaku, selepas dua kali cubaan dengan badan yang agak kaku, Saka sekadar mampu menebas angin tanpa kena bola sekalipun.
Walaubagaimanapun, Saka akhirnya berjaya memukul bola, walaupun bola sekadar meleleh rendah ke sebelah kanan. Memandangkan aksi ini agak kelakar, Maguire mesti lah kongsi video tersebut ke media sosialnya.
Di sebelah emoji gelak, Maguire turut menulis – “Golf memang bukan untuk kau.”
Video ini turut dikongsi oleh pemegang akaun now_arsenal, yang disertakan dengan kapsyen :
“Aku suka dia ni sangat dooo – tengoklah dia cuba main golf.