[VIDEO] Lingard Bertukar Menjadi ‘Michael Jackson’ Ketika Meraikan Jaringannya Menentang Arsenal

Arsenal yang lemah dan lembik ditunjukkan jalan keluar oleh Manchester United dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA yang berlangsung di Emirates Stadium awal pagi tadi.

Jaringan daripada Alexis Sanchez, Jesse Lingard, dan Anthony Martial sudah cukup untuk memberikan kemenangan ke-8 berturut-turut dalam 8 perlawanan di bawah kendalian pengurus baru, Ole Gunnar Solskjaer.

Lingard membuatkan peminat Meriam diam terkedu memikirkan nasib malang pasukan mereka 

Gol sagu hati Arsenal diperolehi oleh Pierre-Emerick Aubameyang untuk menjadikan kedudukan akhir 3-1 berpihak kepada Setan Merah. Gol ihsan dari United demi menjaga hati peminat Meriam yang sanggup berjaga di tengah keheningan malam untuk melihat pasukan mereka diperkotak-katikkan.

Pemain yang semakin dilupakan, Sarjan Lukaku membalas kepercayaan Solskjaer meletakkan beliau kembali dalam kesebelasan utama dengan mencatatkan 2 assists untuk gol jaringan Sanchez dan Lingard.

Apa yang menariknya, Lingard menyambut gol jaringannya dengan melakukan tarian ‘Moonwalk’ yang dipopularkan oleh mendiang Michael Jackson suatu ketika  dahulu.

Siaran live televisyen mungkin terlepas merakam tarian ‘Moonwalk’ Lingard tetapi ia berjaya dirakam peminat Arsenal yang berada berhampiran. Saksikanlah.

Rasa macam nak bagi penyepak pon ada. Lingard juga memuat naik gambar beliau meraikan gol jaringannya menerusi Twitter.

Baca Juga

Baca Juga