Video Mbappe Tak Bagi Di Maria Ambil Penalti Untuk Cetak Hatrik Tular Kembali

Warga maya telah menjalankan tugas dengan cemerlang apabila memuat naik kembali video di mana Kylian Mbappe menolak permintaan Angel Di Maria untuk membuat sepakan penalti bagi mencetak hatrik.

Neymar dan Edison Cavani juga pernah bertelagah untuk sepakan penalti dan telah ditawarkan RM5 juta untuk memberikan sepakan penalti kepada Neymar.

Namun Cavani menolak dan terus menjadi penendang utama tetapi Cavani beralah dan memberi peluang kepada Neymar untuk membuat sepakan penalti, tidak membolot seorang diri.

Jelas Cavani dia dan Neymar bukanlah teman rapat tetapi di dalam padang mereka menjadi rakan baik demi pasukan dan menganggap Neymar seorang yang baik.

Sifat Terpuji Neymar Memberi Bola Kepada Cavani Untuk Sepakan Penalti

Cerita lama diungkit kembali dan sejarah mungkin berulang itu benar, apabila Kylian Mbappe masih lagi cuba merebut sepakan penalti sebanyak yang mungkin tanpa memberi peluang kepada rakan sepasukan.

Dalam perlawanan klasik PSG menentang Marseille pada Mac 2019, PSG telah berjaya menumbangkan lawan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan Kylian Mbappe dan dua dari Angel Di Maria.

Kylian Mbappe telah membuka tirai jaringan perlawanan namun Valere Germain tidak berdepan masalah dan tanpa rasa melekit untuk kembali menyamakan kedudukan.

Kemudian Angel Di Maria mempamerkan ketajaman dengan menjaringkan dua gol bagi terus menjarakkan kedudukan hanya dalam tempoh 11 minit.

Gol kedua peribadi Angel Di Maria bukan biasa-biasa yang terhasil dari sepakan percuma bola lencong dari jarak 30 ela.

Kemudian Kylian Mbappe telah berjaya memenangi sepakan penalti dengan satu madah berhelah yang cukup meyakinkan pengadil menghadiahkan PSG penalti.

Angel Di Maria yang sudah menjaringkan 2 gol sudah pasti mahu mencetak hatrik lalu tampil meminta jasa baik Kylian Mbappe untuk memberi peluang membuat sepakan.

Pemain Argentina itu dilihat bersembang dengan Mbappe dan memujuk bintang Perancis itu bagi membolehkannya mencipta hatrik.

Kylian Mbappe menolak perminataan Di Maria dan mahu menjaringkan gol untuk diri sendiri, mungkin tidak mahu Di Maria bergembira dan senanga hati mencetak hatrik.

Pemain muda Perancis itu tampil membuat sepakan dari jarak 12 ela tetapi percubaannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol Marseille, Yohann Pele.

Yohann Pele masuk sebagai pemain gantian selepas penjaga gol utama, Steve Mandanda telah dibuang padang dengan layangan kad merah kerana menyentuh bola di luar kotak.

Untuk kes Edison Cavani dan Neymar yang terjadi sebanyak dua kali namun berakhir dengan baik pada musim 2017/18 telah menarik perhatian pengendali atau admin media sosial Bundesliga.

Twitter rasmi Bundesliga telah mencadangkan satu jalan penyelesaian yang sangat mudah dan menarik untuk PSG bagi menyelesaikan masalah perebutan sepakan penalti antara Neymar dan Cavani.

Bundesliga telah meletakkan video bagaimana Kroos dan Ribery melakukan Osom atau ojuh atau Rock, paper, scissor atau burung, batu, air sambil diperhatikan Robben sebagai pengadil.

Pemenang kepada Osom atau ojuh atau Rock, paper, scissor atau burung, batu, air berhak untuk membuat sepakan, adil dan saksama tanpa sebarang perbalahan.

Cadangan dari Bundesliga ini nampaknya masih boleh diguna pakai untuk kes Neymar dan Mbappe ini.

Kisah merebut penalti Neymar vs Cavani tidak sebesar Neymar vs Mbappe yang mempunyai kuasa pemilik di mana mereka hampir bertumbuk di bilik persalinan.

Situasi ini telah memaksa Abang Long Sergio Ramos tampil untuk meleraikan pergaduhan dan ketika ini bilik persalinan PSG telah berpecah kepada kem Neymar dan Mbappe.

BACA:  Media Dedah Real Madrid Plot Drama Bidaan 'Last-Minute' Tekan PSG Jual Mbappe