Seperti semua sedia maklum, Steven Gerrard adalah lagenda dan ikon untuk kelab bola sepak Liverpool dan juga Liga Perdana Inggeris.
Walaupun tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris, beliau mempunyai karier yang dicemburui banyak pemain kerana beliau menjadi kesayangan peminat Liverpool sehingga diangkat menjadi kapten kelab tersebut.
Antara detik terhebat Gerrard sudah tentu berlaku pada tahun 2005 di Istanbul dimana beliau menjadi tunjang utama di sebalik kebangkitan luar biasa The Reds untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Ketinggalan 3-0 pada babak pertama tidak menjadi penghalang untuk Liverpool bangkit dan hasilnya, mereka berjaya mengikat AC Milan 3-3 selepas 90 minit berlangsung. Perlawanan terpaksa dibawa ke penentuan sepakan penalti dan ‘The rest is history’.
Di peringkat domestik pula, Liverpool berada di tempat ke-2 dalam senarai kelab yang paling banyak memenangi kejuaraan liga dometik Inggeris.
Did someone say Liverpool v Chelsea? ? pic.twitter.com/0uCFbbZEVF
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 13, 2019
Ketibaan Sir Alex Ferguson di Old Trafford mengubah segala-galanya buat Manchester United sehingga mereka berjaya memenangi 20 kejuaraan liga di England. Manakala Liverpool terus tersekat pada angka 18.
Liverpool bukan tidak pernah mencuba untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Ketika berada di bawah kendalian Brendan Rodgers pada tahun 2014 dan dibantu dengan kehebatan Luis Suarez, mereka nyaris memenangi Liga Perdana Inggeris sebelum dipintas Manchester City pada saat akhir.
Jika hari ini peminat Liverpool berbangga dengan trio Sadio Mane, Roberto Firmino, dan Mohamed Salah, Liverpool pada ketika itu turut mempunyai trio yang tidak kurang hebatnya iaitu Suarez, Daniel Sturridge, dan Raheem Sterling.
Detik paling hitam Liverpool pada musim tersebut sudah tentu berlaku ketika mereka berdepan Chelsea dalam perlawanan ke-36 liga.
Liverpool sedar mereka perlu mencatatkan keputusan sekurang-kurangnya seri untuk menutup terus sisa perjuangan Chelsea dalam prebutan kejuaraan liga.
Chelsea yang dilatih oleh Jose Mourinho pada ketika itu jelas mempunyai agenda tersendiri untuk mengecewakan Liverpool.
Mourinho menggunakan taktikal teragungnya bagi menghadapi Liverpool iaitu ‘Park the Bus’ dan ia nyata berhasil. Liverpool tidak dapat menembusi bahagian pertahanan Chelsea pada separuh masa pertama.
Kapten Liverpool, Steven Gerrard melakukan kesilapan yang ingin dilupakan sepanjang hidupnya apabila beliau tergelincir pada penghujung babak pertama.
Gerrard gagal mengawal baik bola yang diberikan oleh Mohamed Sakho dan peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh Demba Ba untuk gol pertama Chelsea.
Liverpool tewas 2-0 kepada Chelsea dan pada minggu berikutnya, mereka sekali lagi melepaskan mata berharga apabila diikat Crystal Palace 3-3 di tempat lawan.
Peluang tersebut digunakan sebaiknya Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris, lantas mengecewakan hati jutaan peminat Liverpool seluruh dunia.
Dan hari ini juga genap 5 tahun peristiwa tersebut berlaku. Marilah kita memperingati insiden tersebut dengan menyebut,
‘Next Year is Our Year !’.