[VIDEO] Mohamed Salah Digelar ‘Pengebom’ Oleh Sekumpulan Penyokong Chelsea

Dalam satu rakaman video yang viral kelmarin, sekumpulan penyokong Chelsea dapat dilihat mengejek bintang bola sepak Liverpool yang beragama Islam, Mohamed Salah dengan menggelar pemain tersebut sebagai ‘pengebom’.

‘Salah is a bomber, Salah is a bomber. OiOiOiOiOi…. Salah is bomber (x100)’.

Ejeken berbaur perkauman dan penyokong Chelsea bukanlah perkara baru. Banyak kali dah berlaku sebelum ni

Itulah ejeken berbaur perkauman yang keluar dari kelompok penyokong Chelsea ketika mereka sedang bersuka ria di pub.

Kelab bola sepak Inggeris, Liverpool menyifatkan rakaman video sekumpulan penyokong Chelsea mengejek superstar bolasepak beragama Islam, Mohamed Salah sebagai ‘pengebom’ benar-benar prejudis dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka itu.

Klip video itu yang tular di media sosial, semalam sebelum perlawanan Chelsea menentang Slavia Prague pada perlawanan suku akhir Liga Europa di Prague, menunjukkan enam lelaki dalam sebuah bar seronok menyanyi sambil melaung-laung nama Salah sebagai ‘pengebom’.

https://twitter.com/kexxc/status/1116317309008850944

Pasukan keselamatan Chelsea yang membuat siasatan terhadap rakaman itu kemudian menghalang tiga penyokong daripada memasuki Stadium Eden, Republik Czech.

Tindakan mereka membuatkan kelab Stamford Bridge itu berang dalam apa dilihat sebagai insiden terbaru yang menambah detik buruk terhadap kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kelab London itu mahu mengambil tindakan terhadap penyokong terbabit dan mengenakan pengharaman terhadap mereka.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, kelab London itu menyifatkan kelakuan dipamerkan mereka ‘sangat teruk’ malah menggelarkan kumpulan lelaki yang menyanyi dalam pub itu sebagai ‘menjijikkan’.

Kempen kumpulan dikenali sebagai Kick It Out menganggap tindakan kumpulan lelaki terbabit sebagai memalukan.

Liverpool akan berdepan Chelsea dalam aksi EPL di Anfield, Ahad ini.

Salah, patuh kepada ajaran Islam, sudah beraksi selama dua tahun bersama kelab Merseyside itu.

Dua kelab terbabit turut bekerjasama untuk memastikan perlawanan itu tidak dicemari sebarang kemudaratan lain.

https://twitter.com/castleofthekop/status/1116363423443451905

Kelab Anfield itu menyatakan situasi seperti itu ‘berbahaya dan mengganggu ketenteraman’.

Liverpool dalam kenyataan bertulis berkata “Video dalam talian tular di media sosial menunjukkan ejekan diskriminasi ditujukan kepada salah seorang pemain kami.

“Kelakuan seperti itu perlu diketepikan kerana benar-benar prejudis.

Kelab Bolasepak Liverpool (LFC) yakin setiap pihak berada dalam posisi itu perlu bertanggungjawab dan bertindak mengikut proses yang betul agar segera mengenal pasti dan menghukum sesiapa melakukan jenayah kebencian.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggelar tindakan kumpulan penyokong Chelsea terbabit sebagai satu perbuatan yang terkutuk.

Klopp mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menghina latar belakang Salah

“Ia adalah tindakan yang terkutuk, ini adalah satu lagi contoh perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.”

“Kita tidak boleh menilai tindakan ini sebagai perlakuan yang dilakukan peminat Chelsea atau peminat Liverpool. Ini adalah tanda yang mana berlaku ada perkara yang tidak betul berlaku di lua sana pada masa sekarang.”

BACA:  Trio Serangan Liverpool Jauh Lebih Bagus Berbanding Trio PSG