Video Pemain Hoffenheim Dan Bayern Bertukar Hantaran Kerana Solidariti Untuk Hopp

Terdapat adegan aneh yang berlaku di Jerman pada petang Sabtu lalu dalam pertembungan Bundesliga antara Hoffenheim dan Bayern Munich di Arena PreZero.

Bayern mendahului 6-0 namun apabila perlawanan masuk ke minit 77, permainan itu terganggu oleh penyokong Bayern. Ultras Bayern telah mengeluarkan sepanduk yang berbau hinaan kepada pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp.

Para pemain tidak senang dengan tindakan penyokong itu lalu meninggalkan padang sebelum kembali masuk dan kemudian telah berlakunya kejadian paling aneh dalam sejarah Bundesliga.

Mereka tidak lagi bermain bola seperti biasa. Kedua-dua pasukan mula menghantar bola antara satu sama lain. Penulis sepak bola Jerman Archie Rhind-Tutt di Twitter, para pemain keluar dan setuju untuk tidak mencetak gol dalam 15 minit terakhir bagi memberikan solidariti untuk Hopp.

Ini mengakibatkan adegan aneh di mana pemain secara literal tidak cuba untuk mengalahkan satu sama lain. Sebaliknya, baju merah dan biru menukar hantaran antara satu sama lain seperti mereka rakan sepasukan.

Rhind-Tutt, penulis bola sepak Jerman yang dinyatakan di atas, menjelaskan lebih lanjut tentang situasi itu di Twitter.

“Hoffenheim-Bayern berhenti selama beberapa minit dengan Bayern mendahului 6-0 dimana penyokong di blok away memaparkan sepanduk yang tertulis.”

“‘Dietmar Hopp [pemilik TSG] Son Of Bitch”

“Pemain-pemain Bayern pergi ke arah penyokong mereka untuk cuba menghentikan perbuatan tidak bermoral itu. Begitu juga jurulatih Bayern Hansi Flick, berteriak kepada para peminat, dengan sangat marah. “

Ultras Bayern menaikkan lagi satu sepanduk yang tertulis: Son Of Whore”, dan menjerit menghina Hopp.

Keadaan itu membuatkan perlawanan terhenti sekali lagi. Pengurus Bayern, Hansi Flick bersama dengan Salihamidzic, Rummenigge, Kahn dan kesemua pemain Bayern pergi ke arah penyokong mereka.

Semua mereka meminta agar perkara itu dihentikan kerana ianya sangat melampau dan berbentuk hinaan.

Ketika perlawanan bersambung semula, para pemain Bayern Munich dan Hoffenheim telah memutuskan untuk tidak mahu bermain lagi.

Bayern menunjukkan solidariti mereka kepada pemilik dan juga pemain Hoffenheim.

Mereka kemudian hanya melakukan pertukaran hantaran di tengah padang untuk baki 10 minit terakhir sesama mereka (pemain Bayern dan Hoffenheim) di atas padang.

Ianya dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebagai tanda protes kepada sikap penyokong yang melampau. Dalam pada masa yang sama, para pemain risau dengan keselamatan di dalam stadium.

Aksi itu juga telah mendapat perhatian daripada seluruh dunia yang mahu tahu apa sebenarnya sudah berlaku.

Ada yang pertama kali melihat perkara seumpama ini. Dan mereka menyatakan tindakan para pemain Bayern dan Hoffenheim itu wajar dipuji.

Itulah caranya pemain menunjukkan bahawa mereka juga ada hak untuk tidak mahu bermain jika penyokong melampau.

Mereka tak perlu keluar padang awal kerana ia boleh dikatakan melanggar peraturan perlawanan. Sebaliknya hanya menamatkan aksi dengan pertukaran hantaran.

Mungkin perkara yang sama boleh dilakukan oleh para pemain pasukan lain selepas ini untuk insiden yang berkaitan seperti serangan rasis.

Penyokong Bayern marah dengan pemilik Hoffenheim iaitu Dietmar Hopp yang melanggar undang undang pemilikan 50+1.

Namun cara protes itu kurang disenangi oleh para pemain dan pegawai Bayern Munich sendiri. Kerana ia agak ganas dan penuh dengan kata kata kesat dan kebencian.

Para pemain turut berkumpul dan menyatakan sokongan kepada para penyokong Hoffenheim selepas tamat perlawanan.

Pemain-pemain Bayern memberi semangat kepada peminat Hoffenheim yang memuji mereka. Perlawanan tamat dengan Bayern kini menerajui Liga dengan kelebihan empat mata.

BACA:  Pemain Pertahanan Bayern Munich Terpaksa Ditenangkan Selepas Hampir Bertumbuk Dengan Pembantu Tuchel