Video Pemain Liverpool Meraikan Kejuaraan Premier League

Para pemain pasukan paling hebat, power dan padu di muka bumi ini, Liverpool power this is our year telah dirakam dalam satu video yang memaparkan mereka meraikan kejuaraan Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Kemenangan Chelsea ke atas Manchester City telah mengesahkan Liverpool sebagai juara rasmi Premier League bagi musim 2019/20 dengan liga masih berbaki 7 perlawanan.

Liverpool mencatatkan rekod sebagai pasukan paling pantas meraih gelaran liga yang sebelum ini disandang Manchester United dengan 5 baki perlawanan.

Pemain Liverpool berkumpul dan mengadakan ‘Live viewing party’ untuk perlawanan ini dan keputusan seri sudah cukup untuk Liverpool.

Dalam rakaman video ini kelihatan pemain Liverpool seperti Virgil Van Dijk, Alex Oxlade-Chamberlain, Alisson Becker, Andy Robertson, Roberto Firmino dan lain-lain bersorak sakan.

Jaringan penalti Willian diraikan mereka dengan City terpaksa bermain 10 pemain selepas Fernandinho dialyangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Satu kejayaan manis dan padu buat pemain dan seluruh peminat Liverpool yang disahkan kejuaraan tanpa turun beraksi.

Pemain Liverpool dilihat bersorak keriangan sambil menyanyi dan menari sakan.

Guard of honour atau perbarisan penghormatan akan dinikmati Liverpool apabila bertandang di Ethihad dalam perlawanan seterusnya.

Selepas 31 perlawanan Liverpool mencatatkan 28 kemenangan, dua seri dan satu tewas dengan mengumpul 86 mata.

23 mata meninggalkan Manchester City di tangga kedua.

Wabak yang melanda seluruh dunia menyaksikan Premier League ditangguhkan ketika Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk menjadi juara.

Selepas tiga bulan, situasi mula terkawal dan Premier League kembali bersambung dengan norma baharu yang perlu dihadap seluruh umat manusia.

Jika sebelum ini setiap tahun atau musim bermula, penyokong Liverpool setiap tahun melaungkan ayat keramat mereka berbunyi

This year is our season!!! Tapi tidak lagi buat musim ini. Mereka kini angkuh dan tidak boleh disentuh lagi kerana akan melantun-lantun.

Banyak rekod lagi yang mampu dipecahkan oleh Liverpool dengan baki tujuh perlawanan antaranya:

1. Kemenangan Terbanyak dalam satu musim

2. Kemenangan Di Halaman Sendiri Terbanyak

3. Kemenangan Di Tempat Lawan Terbanyak

4. Jurang Mata Terbesar dengan pasukan Tercorot

5. Jarak Mata Terbesar

6. Mengutip Mata Terbanyak

BACA:  Pengadil Kontroversi VAR Batalkan Gol Luis Diaz Dipilih Bertugas Kendali Perlawanan Liverpool vs Man Utd