Hamburg telah menghasilkan gol sendiri paling teruk… atau paling hebat bergantung bagaimana anda mahu memberikan definisi, dalam perlawanan menentang St Pauli.
Sepertimana trend bola sepak hari ini yang gemar melakukan build up dari bawah, Hamburg juga berbuat demikian dalam perlawanan ‘top of the table clash’ menentang St Pauli di perlawanan Bundesliga 2.
Penjaga gol Heuer Fernandes memulakan gerakan dengan melakukan hantaran kepada Stephan Ambrosius, yang kemudiannya menghantar bola kepada Guilherme Ramos.
Ramos bagaimanapun melakukan hantaran ke belakang yang agak lemah ke belakang, menyebabkan penjaga gol tersilap langkah.
Dalam usaha untuk menyelamatkan keadaan agar tidak memberikan sepakan sudut kepada lawan, Fernandes cuba melakukan clearance dengan satu sepakan deras.
Hamburg keeper with an absurd own goal 😭
(via @viaplaysportpl)pic.twitter.com/RA65OKW9Ph
— B/R Football (@brfootball) December 1, 2023
Malangnya bola itu melantun terus ke dalam gawangnya sendiri. Kejadian yang menimpa Hamburg itu dianggap melucukan dan pantas mendapat reaksi netizen.
“Hamburg mencipta gol sendiri menakjubkan di dalam perlawanan derbi menentang St Pauli,” kata salah seorang pengguna X.
“Hamburg mungkin telah menjaringkan gol sendiri paling teruk sepanjang zaman,” kata seirang lagu.
Hamburg goalkeeper's derby howler dubbed the 'greatest own goal EVER' 🤯
Watch it HERE 👇https://t.co/G7TxCkI58Y
— Mail Sport (@MailSport) December 1, 2023
Gol sendiri oleh Fernandes itu memberikan kelebihan 2-0 kepada St Pauli selepas Jackson Irvine terlebih dahulu meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-15 perlawanan.
Jika anda menjangkakan Hamburg menyerah terutama sekali selepas menjaringkan gol sendiri terhebat dunia itu, maka anda silap.
Babak kedua perlawanan Hamburg mencipta kebangkitan apabila Robert Glatzel mengurangkan defisit pada minit ke-58 perlawanan.
Dua minit selepas itu pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan melalui Immanuel Pherai untuk keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.