[VIDEO] Penjaga Gol Menangi Penentuan Sepakan Penalti Dengan Gaya Yang Cukup Unik

Anda mungkin tidak pernah mengenali penjaga gol bernama Andrew Redmayne yang beraksi untuk Sydney FC di A-League yang mana telah menghadiahkan pasukannya satu trofi dengan gaya penyelamatan yang cukup pelik dan unik ketika penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan A-League Grand Final 2019, Redmayne menjadi hero buat Sydney FC apabila menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil pemain Perth Glory untuk memberikan kemenangan untuk pasukannya.

Sydney FC meraikan kejayaan mereka muncul juara

Redmayne pernah mewakili Australia Bawah 23-tahun pada tahun 2011, dan kini sudah mencecah usia 31 tahun.

Aksi final tersebut berlangsung dengan sengit tetapi kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sepanjang 120 minit permainan dan ia terpaksa dibawa ke penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenang.

Kebanyakan pemain dan peminat tidak begitu menyukai penentuan sepakan penalti tetapi bagi penjaga gol, ia merupakan detik yang paling ditunggu kerana ia merupakan peluang terbaik untuk mencipta nama selaku hero pasukan.

Dan ternyata, Redmayne menggunakan detik tersebut dengan sebaiknya apabila beliau menggunakan cara penyelamatan yang orthodoks untuk menidakkan Perth Glory.

Mungkin Redmayne mengambil inspirasi dari penjaga gol seperti Jerzy Dudek dan Bruce Grobbelaar untuk menghasilkan cara penyelamatan sebegitu.

Dan ternyata, gaya unik Redmayne berjalan dengan lancar dan beliau berhasil menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Andy Keogh dan Brendon Santalab. .

Redmayne dengan gaya penyemalatan yang unik dan tidak pernah dibuat orang

Santalab misalnya cuba untuk melakukan penalti panenka tetapi dapat dibaca dengan baik oleh Redmayne.

BACA:  Aksi Genius Tetapi Keji Penjaga Gol Feyenoord