Video Penjelasan Mourinho Betapa Pentingnya Budak Milo Jadi Viral

Jose Mourinho telah menghamburkan pujian kepada budak milo yang menyaksikan tindakan bijak dan pantasnya telah membantu Tottenham Hotspurs menyamakan kedudukan dan mecipta kebangkitan untuk menanga 4-2.

Selepas gol hasil bantuan budak milo tersebut dijaringkan maka virallah satu video lama Jose Mourinho yang menceritakan betapa pentingnya peranan budak milo dalam satu perlawanan.

Nampak macam kutip bola dan melangut je tepi padang kan?

“Terdapat satu perincian yang sesetengah media faham, Budak milo(ball boy).” Ujar Mourinho ketika itu kepada RT.

“aku pernah berada dikelab di mana mereka faham betapa pentingnya budak milo ini.”

“Kau nak buat lontaran ke dalam dengan pantas, budak milo perlu tahu kau nak lakukan lontaran ke dalam sepantas mungkin. Maka bola harus sampai dengan cepat.”

“Tendangan gol, tempo permainan… budak milo jika berada dalam satu stuktur yang baik boleh memainkan peranan dalam perlawanan.”

Kemudian Mourinho membuka cerita zaman kecilnya bahawa beliau pernah menjadi budak milo dan merupakan seorang budak milo berkelas dunia dan genius.

“Aku pernah jadi budak milo, budak milo yang bagus, ketika menjadi budak milo, aku sudah tahu di mana pemain mahukan bola ketika sepakan penjuru, maka mereka tidak perlu menyentuh bola.”

“Aku tahu pemain A daripada pasukan aku mahukan bola di bahagian semi-circle. Aku juga tahu di mana pemain lain mahu kerana beliau pemain kaki kiri.”

Pengurus berusia 56 tahun itu juga pernah berbicara topik yang sama ketika Liverpool mencatatkan kebangkitan Epik ke atas Barcelona di Champions League musim lalu.

Liverpool tewas 3-0 pada perlawanan pertama dan menang 4-0 dalam perlawanan kedua dan pada ketika itu budak milo juga telah memainkan peranan penting tanpa ramai sedari.

Pemain muda yang bertugas sebagai budak milo, Oakley Cannonier dengan pantas memberi bola kepada Trent Alexander-Arnold untuk sepakan penjuru yang dengan sepantas kilat mencari Divock Origi dan gol. Semua dah tahu cerita epik ni tapk perlu detail sangat.

Pada ketika itu juga Mourinho telah memuji tindakan budak milo itu.

“Dalam perlawanan ini budak itu sangat pintar dan mempunyai masa depan yang cerah.”

“Aku tak tahu jika beliau pemain akademi atau tidak tapi budak ni tahu apa perlu dibuat.

Selepas apa yang diucapkan oleh Mourinho sebelum ini seperti diambil ringan oleh semua kini Mourinho membuktikan kata-katanya dengan apa yang ditunjukkan oleh budak milo ketika perlawanan Spurs.

Mourinho Puji Tindakan Genius Budak Milo Yang Menghasilkan Gol Penyamaan

Jose Mourinho telah meraikan jaringan penyamaan Harry Kane pada minit ke-50 dengan seorang budak milo yang mana telah menjadi punca kenapa gol tersebut boleh terhasil dan tindakan budak milo itu telah menjadi viral.

Budak milo yang menjadi bualan ramai bagi peminat bola sepak dunia ketika ini merupakan seorang pemain muda di akademi Tottenham Hotspur.

Tanpa tindakan pantas daripada budak milo itu pasti gol tidak akan terhasil. Budak milo itu dengan pantas memberi bola kepada Serge Aurier untuk lontaran ke dalam dengan pantas sekali kepad Lucas Moura.

Pada ketika itu Lucas Moura berada dibelakang pemain pertahanan Olympiacos telah mengawal bola dengan baik sebelum menghantar bola dengan cantik kepada Harry Kane untuk gol penyamaan.

Kebijaksaan yang sangat genius daripada budak milo yang membantu Spurs membina serangan pantas yang membuahkan hasil. Satu keputusan yang pantas dilakukan oleh budak milo tersebut.

Jose Mourinho berterima kasih dan memberi penghormatan kepada kebijaksaan budak milo yang telah membantu Spurs menghasilkan gol penyamaan dengan satu pelukan.

https://twitter.com/goalhq_/status/1199461757120593920

Mourinho mengakui beliau sangat menyukai budak milo yang bijak kerana dapat membantu pasukan dan terus memberi pujian kepada budak milo itu ketika temuramah selepas perlawanan.

Pengurus baharu Tottenham Hotspur itu juga telah menyatakan bantuan gol untuk jaringan Harry Kane adalah milik budak milo tersebut.

“Aku sangat sukakan budak milo yang bijak seperti aku. Aku juga bekas seorang budak milo yang bijak ketika kecil.”

“Beliau mampu membaca serta memahami permainan dan telah membuat satu bantuan yang penting dan beliau tidak akan lupa.”

“Ini satu detik yang hebat yang tidak akan dilupakan.”

Spurs telah mencipta kebangkitan sensasi dalam perlawanan ini selepas ketinggalan dua gol selepas 20 minit permainan berlangsung dan pada tamat permainan Spurs menang dengan jaringan 4-2.

Dengan kemenangan ini Tottenham Hotspur mara ke pusingan kalah mati dan Mourinho menjadi pengurus pertama membawa 3 pasukan Inggeris berbeza iaitu Chelsea, Spurs dan Manchester United mara ke pusingan seterusnya.

Jose Mourinho juga menjadi pengurus pertama membawa 6 pasukan berbeza mara ke pusingan kalah mati UEFA Champions League.

Enam pasukan tersebuat adalah Porto, Inter, Real Madrid, Chelsea, Spurs dan Manchester United.

Harry Kane menjadi pemain paling pantas menjaringkan 20 gol dalam sejarah Champions League hanya dalam 24 perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga