VIDEO: Penyokong United Buat Perarakan Pancaragam Dan Keraian Juara Hari Pertama EPL 2024/25

Peminat Manchester United cawangan Uganda meraikan kejayaan mereka menjadi ‘juara’ hari pertama Liga Perdana Inggeris dengan perarakan besar besaran di sekitar bandar mereka.

Man United berjaya menewaskan Fulham pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris dan menjadi pasukan tempat pertama pada hari pertama EPL pada Jumaat. Memandangkan hanya 1 perlawanan sahaja pada Jumaat dalam aksi EPL itu.

Pemain baharu mereka, Joshua Zirkzee menjadi wira kemenangan Manchester United dengan gol kemenangan pada separuh masa kedua selepas masuk dari bangku simpanan.

Saksikan kegembiraan yang tidak terkira oleh peminat Manchester United di Uganda. Mereka benar benar teruja kerana United menjadi juara hari pertama EPL musim ini.

Sebelum sepak mula peminat peminat United Uganda sempat mengadakan acara pancaragam dengan lengkap dengan pasukan pemuzik.

Ianya sebagai sokongan tidak berbelah bagi kepada bakal juara EPL musim 2024/25 itu.

Gol tunggal oleh Joshua Zirkzee memastikan Manchester United menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2024/25. Mereka masih ada baki 37 perlawanan sahaja lagi untuk menjadi juara.

Pemain yang baru dibeli itu menunjukkan betapa tajamnya di hadapan gol ketika menerima hantaran daripada rakannya. Zirkzee masuk dari bangku simpanan untuk menjadi wira kemenangan  Manchester United.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag turun dengan kesebelasan utama tanpa penyerang tulen, di mana Bruno Fernandez bermain sebagai false nine dalam perlawanan ini.

Ten Hag turut menurunkan Mazraoui sebagai pemain kesebelasan utama. Dan pemain ity benar benar cemerlang dalam debutnya.

Seorang lagi pemain yang baru dibeli oleh Manchester United, Matthijs De Ligt juga mempamerkan aksi sangat cemerlang untuk memastikan Man United tidak bocor.

United memulakan perlawanan dengan agak perlahan. Namun selepas 15 minit perlawanan, Manchester United berjaya mendominasi perlawanan dengan sebaiknya.

Fulham mulai hilang arah dan diselamatkan oleh wisel separuh masa.

Pada separuh masa kedua, kemasukan Alejandro Garnacho memberikan impak lebih besar di atas padang. Pemain itu yang menjadi salah seorang pemain terbaik di EPL musim lalu, telah memberikan impak walaupun pada masa kecederaan dia mempersia siakan peluang di hadapan gol.

Kemasukan pemain penyerang baharu United iaitu Joshua Zirkzee ternyata memberikan impak yang sangat luar biasa. Pemain yang dibeli dengan nilai £45 juta itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun golnya bersama The Reds Devils.

Dia menyambar bola hantaran rendah dalam keadaan sangat sukar untuk memenangi bola tersebut dengan beberapa pemain pertahanan berada di sekitarnya.

Zirkzee memulakan gerakan itu dengan menghantar bola kepada Marcus Rashford. Kemudian Marcus Rashford menolak bola kepada Alejandro Garnacho yang terus menghantar bola lintang rendah yang disambar oleh Zirkzee.

Leno berjaya membaca bola itu namun gagal untuk memberikan respon lebih pantas. Dan akhirnya Man United mendapat 3 mata yang selayaknya mereka menangi.

Kejayaan ini meletakkan Manchester United sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris pada ketika ini. Man United masih ada baki 37 perlawanan lagi untuk memastikan mereka berjaya membawa pulang EPL sekali lagi ke Old Trafford sejak sekian lama.

BACA:  Bagaimana Man Utd Dari Sekadar Layak Ke Pusingan Kalah Mati Tiba-Tiba Jadi Juara Kumpulan?