[VIDEO] Pergaduhan Ala ‘Royal Rumble’ Tercetus Dalam Perlawanan Liga Di Brazil

Satu perlawanan bola sepak di antara dua buah pasukan di liga bawahan Brazil bertukar menjadi satu pergaduhan besar-besaran !

Atlético Goianiense, merupakan pasukan yang bermain di liga diviyen ke-2 dalam kancah bola sepak Brazil.

Horrr gocoh, gocoh, gocoh……

Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium mereka Estádio Antônio Accioly kelmarin, pasukan tersebut melayan kunjungan musuh ketat iaitu pasukan Vila Nova dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala Goiano.

Perlawanan pertama minggu sebelum itu berakhir dengan keputusan seri 1-1, dan perlawanan timbal balik dijangka berlangsung dalam keadaan panas memandangkan sejarah di antara kedua-dua pasukan ini.

Seperti diduga, pergaduhan dalam skala besar akhirnya tercetus pada lewat permainan selepas seorang pemain simpanan Atletico mengejar seorang pemain Vila Nova lalu sehingga menyebabkan beliau terjatuh.

Beberapa saat selepas itu, segalanya bertukar menjadi seperti zon perang. Pergaduhan tercetus di antara kedua-dua belah pasukan yang melibatkan pemain dan staff kejurulatihan.

Mujurlah, polis FRU berada di dalam stadium untuk mengawal keadaan dan menyembur gas pemedih mata kepada pemain yang bergaduh bagi meleraikan keadaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, gas pemedih mata yang digunakan polis FRU turut memberi kesan terhadap penyokong yang berada di stadium ketika kejadian.

Berdasarkan rakaman video, terdapat seorang staff Atletico mengalami kecederaan yang serius sehingga perlu dipapah ke dalam ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospita.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Atletico  Goianiense hasil jaringan pemain bernama Jorginho pada minit ke-78.

Memey gilo !

BACA:  Dua Pemain Auxerre Dibuang Padang Selepas Bergaduh Sesama Sendiri