Video: Perlawanan Penggusti Sumo vs Petarung MMA

Masih ingat tentang satu pertembungan antara seorang penggusti Sumo yang mempunyai berat 272 kg dengan petarung MMA yang mempunyai berat 76 kg ?

Dunia mixed martial arts kini mungkin lebih dikenali berbanding hampir dua dekad lalu.

Jalan cerita juga sudah tidak sama seperti dulu. Semuanya berubah dan dunia MMA kini berwajah baru dengan aksi yang lebih lengkap berbanding dahulu.

Pada tahun 1998, Jepun pernah menganjurkan satu perlawanan paling aneh dalam sejarah dunia martial arts.

Pertarungan MMA itu telah menemukan dua pertarung berbeza latar belakang iaitu seorang dari sukan gusti sumo dan seorang lagi merupakan petarung MMA.

Peminat sukan MMA pasti tidak akan melupakan perlawanan penuh bersejarah antara Emmanuel Yarbrough dengan Petarung MMA, Daiju Takase.

Pertarungan antara Yarbrough dan Takase telah dilangsungkan di Pride 3 card yang dilangsungkan di Jepun.

Perlawanan itu dianggap lucu oleh para penonton yang hadir untuk menyaksikan pertembungan penuh bersejarah itu.

Bayangkan saja perbezaan ukuran tubuh badan yang begitu jauh antara seorang penggusti sumo dengan seorang petarung MMA.

Pada awalnya para penonton menjangkakan Yarbrough akan menang mudah menewaskan Takase memandangkan badannya yang bagaikan raksasa.

Tetapi ada juga yang beranggapan dengan mempunyai tubuh lebih kecil ia akan menjadi kelebihan buat Takase untuk mendominasi perlawanan.

Awal perlawanan Yarbrough melancarkan beberapa serangan keatas Takase namun tiada satu pon yang mengena.

Perlawanan berlangsung hampir 17 minit lamanya dan dalam situasi seperti ini kelebihan sudah pasti akan memihak kepada Takase kerana Yarbrough jelas sudah kepenatan.

Seperti yang boleh ditonton dalam rakaman dibawah, Yarbrough sudah penat dan tidak mampu untuk mengikut gerakkan mengelilingi gelanggang dari fighter MMA itu.

Sepanjang awal perlawanan Takase berlari-lari mengelilingi gelanggang sambil-sambil mencari peluang untuk melepaskan pukul curi.

Yarbrough juga menunjukkan walau berbadan besar beliau tidak menunggu. Lawannya datang tetapi beliau tetap cuba untuk mengejar lawannya.

Selepas penat berlari-lari akhirnya Yarbrough berpeluang untuk menggasak Takase.

Serangan tidak menjadi dari Takese menyebabkan beliau tersungkur lalu dihempap oleh Yarbrough.

Beliau nampak tercungap kesan dari dihempap oleh Yarbrough namun Takase tetap berjaya melepaskan beberapa tumbukan di bahagian kepala Yarbrough.

Selepas menumbuk di kaki Takase menukar serangan dengan menampar-nampar pelipat kaki Yarbrough sekuat hatinya.

Akhirnya Takase berjaya melepaskan diri dari dihempap oleh Yarbrough lalu melepaskan beberepa tumbukan padu kepala Yarbrough hingga pengadil memberhentikan perlawanan dan memberi kemenangan kepada Takase.

Takase berjaya memenangi perlawanan penuh bersejarah itu dan namanya terus diingati sehingga ke hari ini.

Takase akhirnya mengumumkan perasaan beliau dalam sukan MMA pada tahun 2015 dengan rekod 12-15-2.

Yarbrough mengikuti pertandingan MMA sebanyak tiga kali termasuk satu pertarungan di UFC 3 sebelum meninggal dunia pada Disember 2015 kerana serangan jantung.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 51 tahun. Pertarungan mereka berdua akan kekal diingati sebagai salah satu perlawanan paling unik pernah dianjurkan.

Baca Juga

Baca Juga