[Video] Petarung UFC Terseliuh Bahu Ketika Meraikan Kemenangan

Seorang petarung UFC mengalami kecederaan yang tidak disangka-sangka apabila terseliuh bahu ketika meraikan kejayaannya menumpaskan pihak lawan dalam UFC 235 yang berlangsung pagi tadi.

Jonny Walker, petarung UFC yang bertarung dalam divisyen Light Heavyweight mengalami kecederaan di bahagian bahunya sebaik sahaja beliau menumpaskan Misha Cirkunov di Las Vegas awal pagi tadi.

Lutut Walker tepat mengenai Cirkunov. Terus terduduk member tidak sedarkan diri !

Walker yang berasal dari Brazil hanya mengambil masa selama 36 saat untuk meraih kemenangan menerusi ‘TKO’ ke atas Cirkunov untuk beliau terus mendaki dalam ranking petarung Light Heavyweight UFC.

Walker melompat sambil menghayun lututnya ke arah kepala Cirkunov. Cirkunov terus terjatuh dan hilang kawalan diri dan Walker menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya untuk terus menyerang.

Pengadil perlawanan, Herb Dean terpaksa memberhentikan pertarungan selepas melihat Cirkunov terus diasak dan memberi kemenangan kepada Walker walaupun pertarungan baru memasuki 36 saat pada pusingan pertama.

Sebaik sahaja pengadil memberhentikan pertarungan, Walker terus bangun dan terus meraikan kemenangannya itu dengan melakukan keraian ‘worm’ atau dalam bahasa Melayunya cacing.

Beliau melakukan tabik tentera sementara badannya jatuh ke lantai. Malangnya, badan Walker tidak mendarat dengan baik dan menyebabkan bahu kiri Walker terseliuh. Ouch

Dalam temu ramah selepas tamat pertarungan, juruacara majlis Joe Rogan bertanya kepada Walker adakah beliau mengalami kecederaan ketika melakukan ‘worm celebration’. Dengan muka yang malu, Walker mengakui bahunya terseliuh.

“Well don’t do that again sir, please. ‘Cause you have so much potential, I’d hate to see you get taken out of the game from celebrating.” Ujar Rogan kepada Walker yang tersipu-sipu menahan kemaluan.

Baca Juga

Baca Juga