Video: Pirlo Terlalu Tenang Hadapi Tekanan Lawan

Andrea Pirlo merupakan seorang legenda bola sepak terhebat di Itali. Bah kan Pirlo antara pemain playmaker terbaik dunia ketika zaman kegemilangan beliau dahulu.

Pirlo menikmati perjalanan karier yang gilang gemilang ketika bersama AC Milan.

Beliau juga salah seorang pemain yang beraksi bersama generai Emas AC Milan.

Selepas dari itu beliau berhijrah ke Juventus dan membantu kebangkitan semula pasukan the old ladys.

Pirlo meninggalkan AC Milan kerana tidak mendapat sebarang tawaran ketika kontraknya tamat. Lalu beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Menurut sumber dari Milan, pasukan AC Milan tidak menawarkan kontrak baru kepada Pirlo ketika itu kerana mereka merasakan usia Pirlo sudah menuju ke fasa akhir karier.

Tapi ternyata tanggapan AC Milan silap, Pirlo masih mempamerkan aksi mantapnya di usia begitu.

Lihat saja persembahan beliau ketika bersama Juventus. Pirlo mempunyai masa yang begitu cemerlang di sana.

Selain cemerlang bersama kelab, Pirlo juga mempamerkan aksi mengancam ketika bersama skuad kebangsaan Itali.

Jangan dilupakan bahawa Pirlo adalah salah seorang pemain yang membantu Itali muncul pemenang Piala Dunia.

Selain itu, Pirlo juga telah menunjukkan persembahan yang sangat baik juga bersama Itali ketika beraksi di pentas EURO 2012.

Pirlo membantu memimpin Itali sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir walaupun barisan pemain Itali ketika itu tidak sempurna.

Itali menurunkan barisan pemain yang sederhana pada ketika itu dengan kehadiran beberapa pemain baru diserap ke dalam skuad mereka.

Pirlo merupakan pemain paling tenang. Mengapa Pirlo dikatakan pemain paling tenang?

Pirlo mampu menyerap tekanan dari lawan dengan tenang dan tidak sedikit pon merasakan tekanan lawan itu hal yang sukar.

Tekanan/ pressure adalah satu tindakan lawan untuk memberikan desakan kepada seseorang pemain untuk memaksa mereka kehilangan bola.

Dalam video ini boleh disaksikan bagaimana cara Pirlo mengatasi tekanan yang diberikan kepadanya.

Tenang dan penuh muslihat serta sukar untuk lawan mencuri bola dari kakinya.

Padu kan. Jika korang nak jadi macam tu kenalah tingkatkan aspek seperti scanning dan juga beberapa aspek yang lain.

Hal ini sangat penting terutama sekali jika seseorang pemain itu bermain di posisi midfield yang bertindak sebagai playmaker.

“Saya tidak pernah merasa tekanan”

Kata Pirlo kepada Goal.

“Saya tidak peduli semua tu, pada pagi ahad, 9 Julai, 2006 di Berlin, saya hanya tidur dan bermain PlayStation. Lepas saya bangun saya main bola dan menjadi Juara Dunia.”

Pirlo bermain sehingga berusia 38 tahun, dan menjadi tenaga pengajar di MLS bersama pasukan New York City FC.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pengurus Juventus sebelum dipecat.

Baca Juga

Baca Juga