Video: Pogba Bengang Dan Memaki Hamun Benjamin Pavard

Paul Pogba bengang dan memaki hamun Benjamin Pavard selepas rakan sepasukannya itu tidak mahu turun membantu ketika beliau sedang diasak oleh pemain lawan.

Mikel Oyarzabal menjaringkan gol pembukaan untuk skuad Sepanyol pada minit ke-66 untuk mendahului Perancis dalam aksi perlawanan akhir saingan UEFA Nations League di San Siro awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Karim Benzema kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan tersebut selepas beliau meledak gol penyamaan untuk skuad Perancis.

Kylian Mbappe muncul sebagai wira Perancis selepas beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Les Bleus menewaskan Sepanyol 2-1.

Perancis berjaya menjulang kejuaraan UEFA Nations League tahun ini, namun selain kegembiraan meraikan kejuaraan, turut berlaku insiden panas antara Pogba dan Pavard ketika perlawanan sedang berlangsung.

Pogba ketika itu diasak oleh pemain Sepanyol dengan kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

Beliau ketika itu turun membantu rakan sepasukannya Pavard dan Jules Kounde di bawah, namun ketika beliau di tekan, tiada pemain yang membantunya.

Pemain midfield yang berusia 28 tahun itu kemudiannya bengang dengan tindakan Pavard yang beliau rasakan langsung tidak membantunya ketika beliau sangat perlukan bantuan.

Pogba kemudiannya meluahkan kemarahan beliau dengan menjerit memaki hamun Pavard yang berada di sudut tepi padang.

Pengurus pasukan, Didier Deschamps hanya mampu untuk meminta Pogba agar bertenang dengan beliau memberi isyarat dari garisan tepi padang sahaja.

“Tak boleh salahkan Pogba, Pavard memang dungu.”

“Pavard sangat teruk ketika bertahan. Dia sentiasa lepaskan pemain yang sepatutnya dia kawal.”

“Reaksi Pavard seolah-olah seperti seseorang yang baru bangun tidur, dan tak tahu apa yang sedang berlaku.”

“Pertama sekali, macam mana Pavard boleh diturunkan untuk bermain? Dia nampak tak bersedia dan dia antara pemain paling teruk di atas padang tadi.”

Ini bukanlah kali pertama berlakunya insiden panas antara Pavard dan Pogba ketika terlibat dengan tugasan antarabangsa.

Menurut laporan dari media Perancis, Pavard, Pogba dan Raphael Varane turut bergaduh ketika aksi kekalahan Perancis dalam saingan Euro 2020 musim panas lalu.

Varane yang terpaksa dikeluarkan ketika aksi bertemu Sepanyol awal pagi tadi, dilaporkan telah memberitahu rakan sepasukannya Pogba, yang Pavard tidak bertahan dengan baik.

Pogba tidak gembira dengan komen dari Varane, dan kemudiannya beliau terus berdepan dengan Pavard ketika aksi bertemu Switzerland.

Perancis selepas berjaya menjuarai saingan UEFA Nations League, mereka pada 13 November nanti akan beraksi bertemu Kazakhstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Mereka juga tentunya akan mempersiapkan diri untuk beraksi di saingan Piala Dunia Qatar, memandangkan mereka akan turun sebagai Juara bertahan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bayern Munich Aktifkan Klausa Pelepasan Pavard, Turut Berminat Dapatkan Hudson-Odoi