[VIDEO] Rashford Melakukan Perkara Yang Hampir ‘Musnahkan’ Karier Fred

Kejadian ini berlaku sebelum perlawanan pusingan ke-4 Piala FA yang menyaksikan Manchester United bertandang ke Emirates Stadium untuk berhadapan dengan Arsenal.

Ole Gunnar Solskjaer mengambil keputusan untuk merehatkan Marcus Rashford kerana seperti semua sedia maklum, Arsenal adalah pasukan yang lemah lagi lembik, jadi pemain seperti Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez sudah cukup untuk mengajar pasukan tadika tersebut.

Percaturan Solskjaer nyata menjadi dengan Lukaku mencipta dua assists untuk membantu Manchester United menang 3-1 ke atas Arsenal, seterusnya layak ke pusingan ke-5.

Tapi kita tidak ingin bercakap mengenai apa yang berlaku dalam perlawanan, kerana semua sudah sedia maklum dengan perkara tersebut.

Rutin biasa bagi pemain yang berada di bangku simpanan adalah bermain ‘rondo’. Rondo atau dalam bahasa Melayunya meletakkan ayam di tengah, merupakan rutin biasa yang dilakukan pemain simpanan ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.

Marcus Rashford, Juan Mata, Phil Jones, Diogo Dalot, Anthony Martial dan Fred semuanya mengambil bahagian dalam satu rutin ‘Rondo’ sebelum perlawanan bermula.

Pemain yang dibeli United musim panas lalu, Fred menjadi ayam di tengah kelompok pemain tersebut dan Rashford melakukan sesuatu yang agak ‘jahat’ tanpa langsung memikirkan perasaan pemain tersebut.

Anda lihat sendiri reaksi pemain lain selepas Rashford melakukan ‘nutmeg’ terhadap Fred. Paduuu

BACA:  Fred Titik Terlemah United Yang Menjadi Dambaan Solskjaer