[VIDEO] Seorang Pemain Dibuang Padang Kerana Meniru Keraian Gol ‘Cojones’ Simeone

Seorang pemain muda berasal dari Croatia dilayangkan kad merah gara-gara meniru keraian gol ‘Cojones’ yang dilakukan Diego Simeone ketika Atletico Madrid menewaskan Juventus di Wanda Metropolitano Stadium tempoh hari.

Simeone meraikan gol ke-2 pasukannya dengan meletakkan tangan di bahagian kemaluan beliau. Tindakan tersebut dilakukan untuk memberitahu kepada dunia yang Atletico Madrid mempunyai ‘batu’ atau dalam bahasa Orang Putih ia dipanggil ‘cojones’.

X pasal-pasal kena kad merah. No mercy from ref

“Saya melakukan perkara yang sama ketika bermain untuk Lazio dan saya melakukanya sekali lagi untuk memberitahu kepada peminat yang pasukan ini mempunnyai ‘cojones’.”

“Saya meminta maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya tidak menujukan keraian ini kepada mana-mana pihak. Saya hanya menujukan keraian ini kepada peminat kami sendiri.”

Simeone hanya menerima denda atas keraian tersebut namun perkara sebaliknya berlaku terhadap seorang pemain bawah 19-tahun Hajduk Split yang bernama, Tino Blaz Laus.

Laus baru sahaja menjaringkan gol ke-3 pasukannya ketika menentang Hrvatski Dragovoljac. Sebaik sahaja bola mencecah jaring, Laus bertindak meniru keraian ‘Cojones’ yang dilakukan Simeone.

Pengadil yang berada berhampiran dengan Laus bertindak melayangkan kad merah terhadap Laus atau keraian gol tersebut. Tiada belas kasihan daripada pengadil terhadap pemain muda tersebut.

Laus bukan berseorangan dalam meniru gaya ‘Cojones’. Pemenang Ballon d’Or 5 kali, Cristiano Ronaldo turut melakukan perkara yang sama ketika Juventus menyingkirkan Atletico Madrid dari Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

UEFA dilaporkan telah membuka kertas siasatan untuk menentukan hukuman yang sesuai terhadap keraian gol Ronaldo yang didakwa mengguris hati peminat Atletico Madrid.

Jika terbukti tindakan Ronaldo sama seperti Simeone, beliau hanya akan dikenakan denda. Namun jika tindakan tersebut dilakukan untuk mengutuk peminat Atletico Madrid, Ronaldo berdepan kemungkinan digantung perlawanan, sesuatu yang mahu dielak Juventus.

BACA:  Kisah Bintang Muda Juventus Dari Korea Utara Yang Pernah Pernah Curi Perhatian Liverpool Tetapi Tak Kenal Steven Gerrard