[Video] Temuramah Penuh Tawadhu’ Dari Solskjaer Selepas United Singkirkan PSG

Manchester United melakar sejarah apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah pertandingan Liga Juara-Juara Eropah untuk bangkit dari kekalahan 2-0 di gelanggan sendiri dan layak ke peringkat seterusnya.

Persis ‘Sir Alex Ferguson’, beliau menukar pasukan ‘cacat’ United menjadi satu unit yang kental sehingga berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan Paris Saint-Germain yang dipenuhi bintang bertaraf dunia.

Solskjaer tetap tawadhu’ walaupun baru sahaja membimbing United mencipta keajaiban !

Dua gol dari Romelu Lukaku dan gol penalti dari Marcus Rashford pada lewat permainan berjaya menghantar United ke peringkat suku akhir. Manakala PSG sekali lagi kempunan yang mana musim ini menjadi musim ke-3 berturut-turut perjalanan mereka tersekat di pusingan 16 pasukan terakhir.

Para pemain United bersama-sama berganding bahu menyanyikan lagu penuh pujian kepada Solskjaer dan peminat United berterusan mendesak beliau diangkat menjadi pengurus United secara tetap.

Walaupun pujian datang dari segenap ceruk, Solskjaer masih lagi merendah diri dan enggan terbawa-bawa dengan kejayaan yang dilakarnya sejak mengambil alih jawatan dari Jose Mourinho. Bak kata pepatah Melayu ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Itulah perumpaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap Solskjaer selepas melihat temuramah beliau dengan rakan baiknya, Gary Neville selepas beliau menjadi ‘mastermind’ disebalik kebangkitan luar biasa yang dipamerkan United di Parc des Princes semalam.

Antara soalan ‘nakal’ yang ditanya Neville kepada Solskjaer adalah,

“Hey Ole, saya mempunyai 3 soalan untuk anda.”

“Berapa lama anda mahu untuk kontrak anda ?”

“Berapa banyak gaji yang anda mahu ?”

“Dan dimanakah anda mahu meletakkan tugu anda nanti?”

Sama-sama kita menonton jawapan Solskjaer terhadap soalan-soalan nakal Neville itu. You can’t never hate this man !

BACA:  Manchester United Meneruskan Rentak Kemenangan, Rashford Terus Meledak, Maguire Kembali