[VIDEO] Tindakan Memalukan Neymar Selepas ‘Dinutmeg’ Budak Berusia 19 Tahun

Pemain bola sepak tersohor yang menjadi kegilaan seluruh dunia, Neymar melakukan sesuatu yang memalukan selepas beliau ‘dinutmeg’ rakan sepasukannya yang baru berusia 19 tahun ketika sesi latihan skuad kebangsaan Brazil.

Terlebih dahulu, mari kita mengenali pemain muda terbaru dalam skuad kebangsaan Brazil yang bernama Weverton Guilherme. Weverton baru berusia 19 tahun dan kini bermain untuk Cruzeiro di Liga Brazil.

Kesian Weverton menjadi tempat Neymar melepaskan api kemarahannya.

Beliau beraksi sebagai pemain pertahanan kanan dan telah dipanggil jurulatih Brazil, Tite untuk menyertai latihan skuad kebangsaan bagi persiapan menjelang Copa America 2019 yang akan bermula tidak lama lagi.

Ia merupakan detik yang ditunggu-tunggu buat Weverton kerana beliau dapat berkongsi satu padang dengan pemain terkemuka dunia seperti Neymar, Casemiro, Gabriel Jesus dan banyak lagi.

Dalam satu sesi latihan, Weverton berjaya ‘memalukan’ Neymar dengan melakukan ‘nutmeg’ terhadap pemain termahal dunia tersebut.

Dengan menggunakan kaki kanannya, beliau berjaya memasukkan bola ke celah kaki Neymar. Ia menyebabkan Neymar menjadi tidak puas hati lalu menarik baju yang dipakai Weverton sehingga pemain muda itu terjatuh.

Tanpa meminta maaf, Neymar berlalu pergi dengan angkuhnya tanpa menghiraukan Weverton yang terbaring di atas padang.

Bagi pemain senior seperti Neymar, ia merupakan tindakan yang kurang profesional kerana beliau gagal menunjukkan contoh yang baik kepada pemain yang lebih muda.

Ketidak puasan Neymar mungkin berkait dengan perkembangan terbaru dalam kem Brazil dimana gelaran kapten yang dipegang beliau sebelum ini telah dilucutkan dan kini diserahkan kepada pemain veteran, Dani Alves.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Brazil, Alves akan memimpin skuad Brazil dalam Copa America 2019 nanti.

BACA:  Skill Menggiurkan Dari Neymar vs Reims