[VIDEO] Tindakan Terpuji Bernardo Silva Membuatkan Netizen Terharu

Semalam berlangsungnya perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat Liverpool seluruh dunia yang menemukan Manchester City menentang Tottenham Hotspurs di Etihad Stadium.

Peminat Liverpool berharap Spurs mampu mencuri mata dari Manchester City bagi membantu impian mereka bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Bromance di antara Foden dan Silva.

Dengan saingan liga hanya berbaki 4 perlawanan sahaja lagi, Manchester City berpeluang mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lepas jika menang kesemua perlawanan selepas ini.

Manakala Liverpool pula ketinggalan 1 mata di belakang dan memerlukan pertolongan dari pasukan lain untuk mencuri mata dari anak buah Pep Guardiola.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, pemain muda England Phil Foden menjadi duri dalam daging buat Spurs dan Liverpool apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit ke-5.

Manchester City’s Phil Foden scores his side’s first goal of the game

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan dan Manchester City terus berada dalam landasan terbaik untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris sekali lagi musim ini.

Dengan gol tersebut, Foden juga menjadi pemain pertama yang lahir selepas tahun 2000 menjaringkan gol buat Manchester City.

Foden juga mendapat kepercayaan Pep Guardiola untuk diturunkan bermain dalam perlawanan penting walaupun baru berusia 18 tahun.

Setiap kali diberi peluang, Foden jarang mengecewakan Pep dan peminat Manchester City sehingga beliau mendapat gelaran ‘The Stockport Iniesta’ sempena tempat kelahiran beliau.

https://twitter.com/den_1886/status/1119598653939814401

Perlawanan menentang Spurs semalam merupakan detik yang tidak akan dilupakan Foden kerana ia adalah kali pertama Foden menjaringkan gol untuk City dalam saingan liga.

Beliau menanduk masuk hantaran Sergio Aguero pada minit ke-5 seterusnya menggembirakan seluruh peminat City yang memenuhi Etihad.

Walaupun menjaringkan gol tunggal perlawanan, Foden gagal meraih anugerah ‘Pemain Terbaik Perlawanan’ (MOTM) kerana ia diberikan kepada seorang lagi pemain tengah City, iaitu Bernardo Silva.

Silva sebenarnya bermain dengan cukup baik dimana beliau dilihat berada dimana-mana sahaja, sama adaa membantu jentera serangan mahupon ketika bertahan. Jadi tidak hairanlah beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Ketika sesi temu ramah selepas tamat perlawanan, Silva melakukan sesuatu yang mengharukan netizen-netizen di luar sana apabila menghadiahkan trofi MOTM beliau kepada Foden.

“Tidak…. saya mahu memberikan trofi ini kepada Phil [Foden].” Ujar Silva kepada Sky Sports.

“Sejujurnya saya rasa beliau layak memenangi benda alah ni. Foden masih lagi muda dan merupakan pemain yang menakjubkan. Nah, trofi ni untuk anda.”

Syabas diucapkan kepada Silva atas tindakan terpuji beliau dan tahniah juga diucapkan kepada Foden !

BACA:  'Dia Tidak Cedera Tapi Gemuk' - Pep Bengang Dengan Kalvin Phillips