Video Van Dijk Ayamkan Haaland Jadi Tular dan Dikatakan Punca Haaland Takut Ke EPL

Pemain muda penyerang sensasi ketika ini, Erling Braut Haaland telah mengejutkan dunia bola sepak selepas memilih untuk bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Haaland telah dikaitkan dengan Manchester United dan Ole Gunnar Solskjaer juga telah dikatakan telah berbincang dengan bapa Haaland.

Menjelang hari perpindahan, pemain Norway itu dengan tiba-tiba dikaitkan akan ke Itali untuk bersama gergasi Serie A, Juventus. Tiber.

Namun pemain RB Salzburg telah membuat satu kejutan seperti rancangan Gegar Vaganza dengan menyertai Borussia Dortmund.

Disebabkan perpindahan Haaland ke England gagal maka situasi ini telah melukakan hati-hati penyokong Setan Merah yang tidak konsisten sejak awal musim.

Satu video telah tular yang memaparkan bagaimana pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk mudah merampas bola daripada kaki Erling Braut Haaland.

Dalam rakaman pendek itu, Haaland telah membawa bola ke kubu Liverpool namun van Dijk pantas mengejar dan mendapatkan bola dengan satu potongan dan kekerasan badan yang jitu.

Terus jatuh ke tanah Erling Braut Haaland apabila badannya disentuh badan van Dijk yang tegap itu.

Selepas perpindahan Haaland ke Manchester United gagal pemain muda itu terus digelar Keldai oelh peminat Manchester United.

Mereka gembira keran Setan Merah tidak membeli Haaland dan turut memuat naik video ini.

Peminat Setan Merah itu gembira kerana mereka terlepas daripada malapetaka besar dengan tidak mengikat Haaland.

Nyata tindakan ini adalah sekadar untuk memburukkan Haaland dan menyembunyikan rasa kecewa di hati peminat Setan Merah tersebut.

Dengan rekod 22 penampilan, 28 gol dan 7 bantuan yang dicatatkan Haaland mungkin Setan Merah yang kerugian.

Di Champions League sahaja, Haaland sudah menjaringkan 8 gol dalam 6 perlawanan berserta satu bantuan gol.

Borussia Dortmund secara rasmi telah mengikat Haaland daripada RB Salzburg selepas membayar £19.2 juta seperti mana yang termaktub dalam klausa pelepasan.

Haaland diberi kontrak sehingga 30 Jun 2024 dan RB Salzburg akan menerima mendapat peratusan jika Haaland dijual pada masa depan.

Baca Juga

Baca Juga