Villarreal mempamerkan kejutan terbesar di Champions League musim ini apabila telah menendang keluar gergasi Jerman, Bayern Munich untuk mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.
Pasukan bimbingan Unai Emery ini merupakan pasukan underdog di Champions League musim ini dan tidak diletakkan sasaran yang tinggi untuk mara sejauh ini.
Jika diikutkan kepada kedudukan La Liga musim lalu, Villarreal tidak layak untuk beraksi di Eropah selepas menamatkan liga ditangga yang ketujuh.
Namun kerana muncul juara Europa League dengan menewaskan Manchester United di perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti, slot Champion League menjadi milik Villarreal.
Villarreal have reached the semi-finals of the #UCL for just the second time in their history.
◉ 2005/06
◉ 2021/22Una Emery's side have knocked out Bayern Munich. 🤯#UCL pic.twitter.com/8CGlVGQ6GW
— Squawka (@Squawka) April 12, 2022
Pada suku akhir pertama Villarreal sudah melakar kejutan dengan kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich dan menjadi pasukan pertama menewaskan Bayern Munich di Championg League musim ini.
Di atas kertas sudah pasti tiada siapa pun akan meletakkan Villarreal sebagai pilihan ke separuh akhir dan menjangkakan Bayern Munich akan bangkit dengan ketinggalan satu gol sahaja.
Perlawanan separuh masa pertama suku akhir kedua yang berlangsung di Allianz Arena berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan dan secara agregat masih memihak kepada Villarreal.
Walaupun garang untuk tempoh 45 minit pertama dengan 8 percubaan namun hanya satu percubaan tepat sahaja berjaya dihasilkan Bayern Munich dengan 64 peratus penguasaan bola.
Robert Lewandowski has scored three goals in four games against Spanish sides in the #UCL so far this season.
⚽️⚽️ vs Barcelona (A)
❌ vs Barcelona (H)
❌ vs Villarreal (A)
⚽️ vs Villarreal (H)He brings Bayern back into the tie. pic.twitter.com/WY9YM4z9XX
— Squawka (@Squawka) April 12, 2022
Ayam tambatan Bayern Munich, Robert Lewandowski akhirnya berjaya menyamakan agregat pada minit ke-52 selepas menyempurnakan umpanan Thomas Mueller.
Pada ketika ini terus ditukar siaran kepada perlawanan Real Madrid dan Chelsea yang berlangsung sengit kerana menjangkakan Bayern Munich pasti ke separuh akhir.
Serangan bertali arus Bayern Munich gagal menghadirkan gol tambahan di mana hanya 4 sahaja percubaan tepat dihasilkan dari 23 percubaan sepanjang perlawanan.
Super sub! Chukwueze puts Villarreal ahead on aggregate ⚽️#UCL pic.twitter.com/WYEdKjq1vj
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 12, 2022
Dramatik sungguh kemenangan Villarreal ini apabila terhasil pada minit ke-88 melalui jaringan Samuel Chukwueze yang merupakan satu-satunya percubaan tepat Villarreal dalam perlawanan ini dengan 4 percubaan keseluruhannya.
Samuel Chukwueze masuk pada minit ke-84 menggantikan Arnaut Danjuma dan hanya 4 minit sahaja diperlukan Samuel Chukwueze bagi membolehkan Villarreal melakar kejutan.
Ini merupakan kali kedua dalam sejarah kewujudan Villarreal layak ke separuh akhir Champions League, kali terakhir Villarreal melakukannya pada musim 2005/06.
Unai Emery has reached the semi-finals of the #UCL for the first time in his career.
Are you watching Arsenal? 👀 pic.twitter.com/kSBiZxy86C
— Squawka (@Squawka) April 12, 2022
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah karier pengurusan Unai Emery membawa pasukan bimbingannya ke separuh akhir Champions League. Dah bosan agaknya dengan Europa League.
Bayern Munich mampu berputih mata dan Villarreal bakal bertemu pemenangan perlawanan antara Benfica dan juga Liverpool.
Kesebelasan Utama Bayern Munich: Neuer, Pavard, Upamecano, Hernandez, Sane, Kimmich, Goretzka, Coman, Musiala, Muller, Lewandowski.
Pemain Simpanan: Vidovic, Richards, Gnabry, Choupo-Moting, Wanner, Sabitzer, Davies, Roca, Kouassi, Ulreich, Tillman, Stanisic.
Kesebelasan Utama Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Torres, Estupinan, Lo Celso, Capoue, Parejo, Coquelin, Gerard, Danjuma.
Pemain Simpanan: Sergio Asenjo, Mario, Alcacer, Iborra, Chukwueze, Trigueros, Pena, Pino, Mandi, Moi Gomez, Pedraza, Aurier.
Villarreal 1-0 Bayern Munich
Villarreal berjaya menjadi pasukan pertama yang mampu menewaskan Bayern Munich dalam saingan Champions League pada musim ini.
Bayern Munich turun bertemu dengan skuad kendalian Unai Emery itu untuk aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League awal pagi tadi.
Villarreal berjaya mengejutkan peminat seluruh dunia selepas mereka terlebih dahulu mendahului Bayern Munich pada minit ke-8 permainan menerusi Arnaut Danjuma.
0 – Villarreal are the first side to keep a clean sheet against Bayern Munich in the UEFA Champions League since Liverpool in February 2019, ending a run of 30 consecutive games in which the German side had netted at least once. Masterclass. pic.twitter.com/vVOYch4ewC
— OptaJoe (@OptaJoe) April 6, 2022
Gol dari bintang Belanda itu sudah cukup untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Villarreal seterusnya membantu mereka untuk membawa bekalan satu gol ke Allianz Arena minggu hadapan.
Apa yang lebih menarik lagi, Villarreal merupakan pasukan pertama yang berjaya mencatatkan clean sheet bertemu Bayern Munich sejak tiga tahun yang lalu.
Sejak kali terakhir bertemu Liverpool pada tahun 2019 yang lalu, Bayern Munich tak pernah gagal untuk menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan Champions League.
Villarreal selayaknya dipuji kerana mereka berjaya memastikan Bayern Munich gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan lebih manis lagi mereka cemerlang mencatat kemenangan.
Giovani Lo Celso telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut selepas beliau cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Giovani Lo Celso's game by numbers vs. Bayern Munich:
86% pass accuracy
73 touches
42 passes
23 passes in the final third
8 duels won
6 possessions won
5 final third entries
4 touches in the opp. box
3 tackles made
2 interceptionsBrilliant in midfield. 👌 pic.twitter.com/SYzLI96Pad
— Squawka (@Squawka) April 6, 2022
Beliau berjaya merekodkan 86% ketepatan hantaran, 73 sentuhan, 42 hantaran, 23 hantaran ke final third, memenangi lapan perebutan bola, 5 kali berjaya masuk ke kawasan final third, melakukan 4 sentuhan dalam kotak penalti lawan, melakukan 3 tackle dan cemerlang melakukan 2 pintasan.
Kecemerlangan beliau di posisi midfield benar-benar membantu Villarreal untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Rakan sepasukannya, Dani Parejo turut bermain dengan sangat baik dan mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan.
Parejo berjaya melakukan 55 sentuhan, 30 hantaran, 81% ketepatan hantaran, mencatatkan satu assists, mencipta 2 peluang, 2 hantaran jauh sempurna, 3 hantaran silang, satu gelecekan sempurna, memenangi 5 perebutan bola, melakukan tiga tackle dan melakukan satu hadangan.
Jelas sekali gandingan kedua-dua Parejo dan Lo Celso benar-benar membantu Villarreal untuk memastikan Bayern Munich gagal untuk mendapatkan persembahan terbaik mereka.
Bayern Munich's 1-0 defeat to Villarreal is the first time they've failed to score in a Champions League match in over three years 😬 pic.twitter.com/wcuIPs2LGL
— GOAL (@goal) April 6, 2022
Selain cemerlang di posisi midfield, kedua-dua mereka juga sangat berprestasi ketika membantu barisan pertahanan dan cemerlang ketika naik melancarkan serangan.
Villarreal sendiri turut memiliki beberapa kesempatan emas untuk menjaringkan gol namun malang sekali hanya satu gol berjaya mereka hasilkan.
Tidak dinafikan Bayern Munich sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini hingga menyebabkan mereka terpaksa akur tewas di tangan gergasi La Liga itu.
Walau bagaimanapun, harus diakui juga yang Villarreal masih belum boleh menarik nafas lega, kerana mereka selepas ini akan beraksi di Allianz Arena pula.
Bayern Munich jelas sekali kebiasaannya akan beraksi dengan sangat cemerlang di halaman mereka sendiri, dan perbezaan satu gol itu sepertinya tak menjadi masalah untuk Bayern kembali mengejar.
Rekod Bayern Munich bermain di halaman sendiri tersangatlah baik dan melihat kepada rekod jaringan mereka, Villarreal sendiri sudah tentu sedar apa yang akan mereka hadapi di Allianz Arena nanti.
Forget the star names for Bayern Munich, Gio Lo Celso has been named the Man of the Match! pic.twitter.com/paWSwyk65O
— Roy Nemer (@RoyNemer) April 6, 2022
Walau bagaimanapun juga, tidak boleh dinafikan yang Villarreal juga berhak untuk menang dan mungkin Unai Emery sudah ada persiapan tersendiri untuk berdepan dengan Bayern Munich nanti.
Pemenang dalam perlawanan ini akan bertemu pemenang antara Liverpool bertemu Benfica di peringkat separuh akhir nanti.
Liverpool baru sahaja menewaskan Benfica 3-1 semalam, dan sepertinya mereka antara pasukan kegemaran yang sudah menjamin tempat untuk beraksi di peringkat separuh akhir nanti.
Full time: Villarreal 1-0 Bayern Munich
What a win for Villarreal! It is one they have absolutely deserved.
Arnaut Danjuma's goal is the difference on the night. #UCL #VILFCB
— BBC Sport (@BBCSport) April 6, 2022
Kedua-dua Bayern Munich dan Villarreal pula sudah tentu akan sangat mahu untuk beraksi di peringkat separuh akhir nanti, namun semuanya bergantung kepada keputusan aksi leg kedua mereka nanti.