Vingada Panggil Muka Baharu Untuk Kelayakan Piala Asia

Malaysia bakal bertemu pasukan kebangsaan Korea Utara pada 10 dan 13 November ini sempena kelayakan Piala Asia 2019 dan kedua-dua perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

Untuk membawa cabaran ini, ketua jurulatih Nelo Vingada telah mengumumkan senarai 24 pemain untuk menghadiri kem latihan di Wisma FAM.

Daripada senarai 24 pemain ini, lapan merupakan pemain baharu termasuk pemain yang dipanggil semula.

Berikut adalah senarai penuh pemain.

NAMA UMUR POSISI PASUKAN
Safiq Rahim 30 Tengah JDT
Ahmad Hazwan Bakri 26 Penyerang JDT
Darren Lok 26 Penyerang JDT
Nazmi Faiz Mansor 23 Tengah JDT
Safawi Rasid 20 Tengah JDT
Fadhli Shas 26 Pertahanan JDT
Fazly Mazlan 24 Pertahanan JDT
Izham Tarmizi Roslan 26 Penjaga Gol JDT
Junior Eldstal 26 Pertahanan JDT
Afiq Fazail 23 Tengah JDT
S Kunanlan 31 Pertahanan JDT
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham 26 Tengah JDT
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy 24 Penjaga Gol Perak
Shahrom Abdul Kalam 32 Pertahanan Perak
Nazirul Naim Che Hashim 24 Pertahanan Perak
Amirul Azhan Aznan 24 Pertahanan Perak
Baddrol Bakhtiar 29 Tengah Kedah
Syafiq Ahmad 22 Penyerang Kedah
Kiko Insa 29 Pertahanan Pahang
Nor Azam Abdul Azih 22 Tengah Pahang
Khairulazhan Khalid 28 Penjaga Gol Selangor
Adam Nor Azlin 21 Pertahanan Selangor
Wan Zack Haikal Wan Nor 26 Tengah Felda United
Syamer Kutty Abba 20 Tengah Pulau Pinang

Lapan pemain yang digugurkan berbanding skuad sebelum ini adalah Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon – kesemuanya adalah pemain Kedah.

Tiga lagi pemain adalah Matthew Davies (Pahang), Amirul Hadi (JDT) dan juga Shahrel Fikri (PKNP).

Manakala muka baru adalah Syafiq Ahmad dari Kedah, dan tujuh pemain JDT – Izham Tamizi, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq.

Skuad ini akan berangkat ke Thailand pada 7 November nanti.

Semoga kejayaan akan dikecapi oleh Harimau Malaya.

Baca Juga

Baca Juga