Vinicius Ikat Rekod Messi Dengan 55 Perlawanan Kurang Daripada Legenda Argentina Itu

Vinicius Jr merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini. Dan dia baru sahaja menyamai rekod Lionel Messi di UCL hanya dalam 22 perlawanan pertamanya beraksi di dalam UCL.

Ketika Real Madrid terikat 3-3 dengan Manchester City baru baru ini, Vinicius berjaya mencetak assist dalam perlawanan tersebut. Yang menjadikannya sebagai assist ke-12 Vini Jr di peringkat kalah mati UCL.

Lionel Messi mengambil masa sebanyak 77 perlawanan untuk melakukan 12 assist di peringkat kalah mati UCL. Sementara bintang Brazil yang pernah menjadi wira kejuaraan UCL Real Madrid itu pula hanya memerlukan 22 perlawanan.

Jelas sekali Vinicius Jr adalah pemain yang lebih kreatif daripada Lionel Messi di peringkat kalah mati Liga Juara Juara Eropah. Ini kerana dia mengambil masa yang lebih pendek untuk mencapai angka itu.

Real Madrid selepas ini akan berkunjung ke Etihad. Dan tugas berat menanti mereka di sana berdepan dengan juara bertahan. Namun sejarah membuktikan bahawa Real Madrid sentiasa memiliki aura yang sukar dijelaskan dalam Liga Juara Juara Eropah.

Oleh sebab itu mereka menjadi kelab paling berjaya dalam UCL dengan 14 kejuaraan setakat ini.

Vinicius Jr merupakan pemain bintang penting Real Madrid terutama sekali pada era kepulangan semula Carlo Ancelotti.

Dia juga merupakan pemain utama skuad kebangsaan Brazil. Vini Jr sebelum ini menangis ketika mengenangkan serangan perkauman yang sering diterimanya ketika di Sepanyol.

Namun dia bertekad akan terus kekal di Real Madrid. Kerana menurutnya, jika dia mengalah dan memutuskan untuk meninggalkan La Liga hanya kerana serangan perkauman diterimanya, itu bermakna dia menerima kekalahan kepada mereka yang rasis.

Kenyataan itu dibuat setelah Carlo Ancelotti sebelum ini meluahkan kerisauannya kepada Vini. Jika dia berterusan diserang dan diejek dengan rasis, Ancelotti bimbang pemain itu akan meninggalkan Real Madrid dan itu bukan sahaja menjadi kehilangan kepada Real Madrid malah untuk La Liga secara umumnya.

Musim hadapan, Real Madrid pasti akan lebih kuat di barisan serangan. Kerana mereka dijangka akan disertai oleh Kylian Mbappe yang akan bergandingan dengan Vini Jr.

Baca Juga

Baca Juga