Virgil Van Dijk Balas Balik Kecaman Bekas Pemain

Pemain pertahanan terbaik dunia bola sepak, Virgil Van Dijk telah membalas kembali segala kritikan yang dilemparkan kepada Liverpool dan dia sendiri selepas kekalahan kepada Napoli di perlawanan pembukaan.

Balasan Virgil Van Dijk kepada kritikan itu hadir selepas Liverpool berjaya menewaskan Ajax 2-1 dalam perlawanan kedua Champions League peringkat kumpulan.

Jamie Carragher antara bekas pemain yang memberi kritikan kepada Liverpool yang menyifatkan permainan di garisan tinggi (High Line) Liverpool telah memakan diri.

Bagi bekas pemain pertahanan Liverpool itu menjelaskan situasi ini terjadi kerana Liverpool tidak melakukan pressing yang cukup dan tidak compact meletakkan mereka dalam risiko tinggi.

Pressing merupakan gaya permainan Liverpool yang berjaya membawa The Reds ke puncak kegemilangan namun cara permainan itu kurang menjadi pada musim ini dan bergelut sejak awal musim.

Apa yang diperkatakan Carragher itu adalah lebih kepada satu kritikan membina walaupun terpalit emosi dalam analisisnya.

Dan yang membuatkan Virgil Van Dijk geram dan membalas balik kritikan Carragher adalah mungkin kerana Carragher menyifatkan permainan Liverpool sangat mengaibkan.

Seperti penyokong Liverpool yang hanya mampu mengangkat kepala selepas kemenangan ke atas Ajax, Virgil Van Dijk juga begitu dengan gahnya membalas kritikan.

Dalam satu temuramah selepas perlawanan bersama penjaring gol kemenangan, Joel Matip bersama BT Sports, Van Dijk menyifatkan pundit yang terdiri dari bekas pemain hanya mahu menjatuhkan moral pasukan.

“Kembali bangkit dari mimpi ngeri di Naples adalah penting untuk kami tunjukkan satu tindakbalas positif. Bukan mudah untuk bangkit semula.”

“Tapi ini merupakan langkah di jalan yang benar. Adalah sangat penting untuk menang sebelum rehat perlawanan antarabangsa tiba.”

Walaupun Van Dijk berkata mereka tidak perlu dengan apa yang orang luar cakap namun Van Dijk membalas kembali kata-kata itu. Dengar ke tak ni?

“Kami tidak perlu mendengar apa yang dunia luar cakap. Ramai bekas pemain yang tahu apa sebenarnya yang kami lalui. Mereka mengkritik untuk buatkan kami jatuh.”

“Tapi kami tahu perlawanan terakhir adalah buruk dan inilah satu langkah ke arah yang benar.”

Rio Ferdinand yang merupakan bekas pemain pertahanan Manchester United yang berada di Studio BT Sports telah mempertahankan dirinya dan juga rakan pundit yang lain termasuk Jamie Carragher.

“Jika aku rasa, kritikan adalah salah atau aku fikirkan itu satu perkara peribadi maka itu akan menjadi halangan. Tapi jika kritikan itu patut, maka aku akan angkat tangan dan menyatakannya.”

“Dengar, prestasi di Naples, jika mereka jujur mereka akan akui itu merupakan hari buruk dan layak mendapat kritikan.”

Kekalahan kepada Napoli tidaklah menjadikan Liverpool dan pemain mereka menjadi teruk namun persembahan yang buruk telah mereka tampilkan.

“Tetapi sekali lagi, kami mengulangi semula pada malam itu, kami tidak mengatakan mereka pasukan dan pemain yang terus menjadi teruk dalam tempoh semalaman, tiada siapa yang mengatakan. Ia adalah persembahan yang buruk.”

Rio Ferdinand sebelum ini pernah mendedahkan bahawa, Virgil Van Dijk merupakan pemain pertahanan yang lebih baik daripadanya ketika menjalani ujian pengesan bohong.

Kritikan daripada bekas pemain dan juga Jamie Carragher adalah bersifat membina dan hanya untuk persembahan buruk di Naples sahaja jadi Van Dijk sebenarnya tidak perlu koyak.

Takkanlah Jamie Carragher nak jatuhkan bekas pasukan sendiri di mana dia sendiri telah bergelar legenda kelab.

BACA:  Kemaluan Besar Van Dijk Lolos Celah Kelangkang Diselamatkan Jones Dan Gakpo