Virgil van Dijk Dedah Pemain Yang Menerima Undiannya Bagi Anugerah ‘PFA POTY’

Pemain pertahanan termahal dunia, Virgil van Dijk merupakan nama yang disebut-sebut banyak pihak untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA bagi musim 2018/2019.

Sejak menyertai Liverpool pada pertengahan musim lepas, Van Dijk berjaya mengangkat permainannya ke satu tahap yang baru sehingga beliau digelar sebagai pemain pertahanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Van Dijk mengharungi musim yang cukup cemerlang, Jadi tidak hairanlah apabila namanya hangat diperkatakan untuk menggondol anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA

Bagi musim 2018/2019, Van Dijk meneruskan prestasi cemerlangnya untuk membantu Liverpool menduduki tangga teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris buat masa sekarang, dengan kelebihan 2 mata ke atas Manchester City yang bermain kurang 1 perlawanan.

Van Dijk bukan sahaja menerima pujian atas persembahan beliau di dalam padang, tetapi beliau juga menarik perhatian ramai dengan keperibadiannya yang terpuji ketika membuat undian bagi memilih pemain mana yang berhak dijulang sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA bagi musim 2018/2019.

Bekas pemain Southampton itu melakukan sesuatu yang diluar dugaan apabila memilih seteru utamanya dalam anugerah tersebut, Raheem Sterling untuk bergelar Pemain Terbaik Tahunan PFA.

Sterling jadi pilihan Van DIjk. Bukan Mane, mahupon Pogba

“Saya melakukan perkara yang saya fikirkan dan saya fikir Raheem Sterling berhak memenanginya.” Ujar Van Dijk dalam satu temuramah bersama The Telegraph.

“Sterling mengharungi musim yang menakjubkan. Saya juga boleh mengundi Bernardo Silva dan beberapa pemain lagi dari Manchester City. Tetapi saya hanya bersikap jujur dalam soal ini. Saya rasa Sterling telah berkembang menjadi pemain yang lebih baik. Kita akan lihat sama ada beliau akan memenagi anugerah itu nanti.”

Van Dijk turut berkata beliau gembira jika dipilih untuk memenangi anugerah tersebut tetapi trofi Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah merupakan perkara yang lebih bermakna buatnya.

“Sudah tentu anda akan berasa bangga. Tetapi perkara yang lebih bermakna adalah jika kami berjaya memenangi sesuatu secara satu pasukan selepas segala titik peluh yang kami curahkan ketika latihan.”

Untuk rekod, Sterling telah menjaringkan 19 gol untuk Manchester City dalam semua pertandingan setakat ini. Ia merupakan jumlah terbaik yang pernah dilakukannya sepanjang karier.

Van Dijk dan rakan-rakannya di Liverpool kini sedang bersaing dengan Manchester City untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, disamping Liga Juara-Juara Eropah yang kini memasuki peringkat suku akhir.

Selain Van Dijk dan Sterling, seorang lagi pemain yang hangat diperkatakan untuk menggondol anugerah tersebut adalah pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane.

Berbeza dengan Van Dijk, Sterling mempunyai pilihan beliau sendiri untuk pemain yang berhak memenangin anugerah tersebut. Sterling memilih rakan sepasukannya dalam skuad Three Lions, iaitu Harry Kane sebagai pemain pilihannya.

BACA:  Mourinho Tidak Akan Bayar Tiket Untuk Menonton Aksi Manchester United Sekarang