Virgil Van Dijk Menari Kegembiraan Lepas Nutmeg Kostas Tsimikas

Para pemain Liverpool bergembira sakan ketika turun menjalani sesi latihan mereka, selepas kejayaan membelasah Porto 5-1 dalam aksi saingan Champions League di Estadio do Dragao kemarin.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu cemerlang mencatat kemenangan kedua mereka dalam aksi peringkat kumpulan saingan Champions League musim ini.

Liverpool tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan setakat ini.

Aksi hebat mereka di atas padang jelas sekali berpunca dari kesefahaman mereka sebagai sebuah pasukan dengan keharmonian dan semangat kerjasama yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Antara bukti yang mengesahkan betapa para pemain The Reds mempunyai hubungan yang baik dan harmoni adalah, dengan menonton video-video yang dimuat naik oleh pihak kelab yang menunjukkan bagaimana akrabnya hubungan mereka sesama pemain.

Baru-baru ini, laman media sosial Liverpool telah memuat naik video para pemain sedang menjalani sesi latihan bersama, dan antara insiden paling menarik dalam video tersebut adalah, melihat bagaimana riangnya Van Dijk dapat nutmeg Tsimikas

Pemain pertahanan Belanda itu bahkan turut berjoget kegembiraan selepas beliau bersama rakan sepasukannya yang lain mentertawakan Tsimikas yang bingung baru kena nutmeg.

Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester City dalam aksi saingan Premier League, dan tidak dinafikan lagi ia antara perlawanan paling sukar untuk mereka setakat ini.

Jurgen Klopp turut mengakui yang beliau sedar akan apa yang bakal dihadapi oleh skuadnya pada hujung minggu ini, dan beliau turut menegaskan kepada anak-anak buahnya yang jangan mengharap akan hasilkan gol mudah ketika bertemu pasukan seperti City.

Liverpool setakat ini sudah berjaya menjaringkan 20 gol dalam tempoh 20 hari terakhir ini dan 26 gol dari sembilan perlawanan pertama mereka dari semua pertandingan sepanjang musim ini.

Pencapaian tersebut sebenarnya sangat cemerlang dengan rekod jaringan itu sudah berjaya menyamai rekod yang mereka catatkan pada tahun 1922 yang lalu.

Ketika bercakap tentang kejayaan anak-anak buahnya menjaringkan 20 gol musim ini, Klopp menyatakan bahawa:

“Sayang sekali, saya tak rasa seperti itu, tapi terima kasih kerana beritahu saya. Kami ada bolos juga, ada walaupun sedikit.”

“Kami akan bermain bertemu Manchester City, saya tak rasa sekarang semua hal seperti itu penting, dan tak penting untuk kami fikir berapa gol akan kami jaringkan ketika bertemu mereka.”

“Kami memerlukan permainan yang kompleks dan mempamerkan persembahan yang mantap bertemu mereka hanya untuk cuba dapatkan peluang.”

“Tapi saya benar-benar mahu beri tumpuan pada perlawanan ini. Saya mahu pastikan kami memberikan yang terbaik dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di halaman kita sendiri.”

“Kami perlu bekerja lebih keras lagi, kita perlu berikan yang terbaik dalam semua perlawanan yang kita ada. Tapi sekarang kita ada dua hari menjelang aksi bertemu City, yang mana ia sebenarnya sangat membantu untuk kami kembali segar dan cergas untuk diturunkan.”

Liverpool ketika ini sedang mendahului saingan Premier League dengan kelebihan satu mata mengatasi Manchester City, Chelsea, Manchester United, Everton dan Brighton.

Tidak dinafikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, sementara City pula pada musim ini mereka sedikit tidak menentu selepas mencatatkan satu seri dan satu kekalahan dari enam perlawanan dalam saingan Premier League.

Kedua-dua pasukan merupakan kuasa besar dalam saingan bola sepak Inggeris sejak beberapa musim kebelakangan ini dan pertembungan mereka jelas sekali menjadi antara perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat.

Liverpool dan Manchester City juga turut terdesak mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, agar mereka tidak tercicir dari terus mencabar kejuaran liga musim ini.

Virgil Van Dijk jelas bakal menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan ini dengan beliau merupakan nadi utama sebalik kecemerlangan Liverpool mencatatkan empat clean sheet dari enam perlawanan awal dalam saingan Premier League musim ini.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Champions League 2020/21: Liverpool 2-0 RB Leipzig(Agg. 4-0)