Virgil van Dijk Pemenang Pemain Terbaik Eropah 2018/19

Pemain pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk telah dipilih sebagai pemain terbaik Eropah 2018/19 (UEFA Men’s Player of the Year) menewaskan dua pemain terhebat di atas muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Virgil Van Dijk telah menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010 dan telah membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013.

Pemain Belanda itu mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain. Hanya Celtic dapat mengesan keistimewaan Van Dijk ketika itu.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton yang merupakan pasukan pembekal pemain kepada Liverpool. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada beberapa jendela perpindahan tetapi tidak kesampaian.

Akhirnya kasih dan sayang Van Dijk dan Liverpool bertaut dan perpindahan beliau ke Liverpool telah menobatkan beliau sebagai pemain pertahanan termahal dunia sebelum Harry Maguire memecahkan rekod tersebut.

Impak segera diberikan Van Dijk usai menyertai Liverpool dan menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Liverpool. Aura Van Dijk juga membolehkan sesiapa yang bergandingan dengan beliau di Liverpool mempamerkan aksi terbaik.

Potensi sebenar yang ada pada Van Dijk mula digilap ketika bersama FC Groningen. FC Groningen bukanlah sebuah kelab yang berjaya, mereka memenangi Liga Divisyen Dua Belanda sebanyak dua kali pada 80-an.

Mereka juga membuat kejutan pada tahun 2015 apabila menjuarai KNVB Cup dan itulah sahaja kejutan besar yang mampu mereka lakukan, kebanyakan perlawanan FC Groningen yang selalu terkejut.

Kemuncak kehebatan Van Dijk dapat dilihat pada musim 2018/19 sehingga dipilih sebagai UEFA Men’s Player of the Year menjadikan beliau sebagai pemain pertahanan pertama menerima anugerah tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pemenang Champions League, UEFA Super Cup dan anugerah pemain terbaik Premier League itu juga merupakan pemain Premier League dan Belanda pertama yang meraih anugerah UEFA Men’s Player of the Year.

Trofi dan Anugerah diterima Van Dijk untuk musim 2018/19 :

1. UEFA Champions League
2. UEFA Super Cup
3. UEFA Men’s Best Player award
4. PFA Player of the Year
5. Liverpool fans’ Player of the Year
6. Liverpool players’ Player of the Year
7. Premier League Team of the Season
8. Champions League Team of the Season

Pemain berusia 28 tahun ini telah membuat 59 penampilan untuk kelab dan negara bagi musim 2018/19 dan bermain lebih minit berbanding mana-mana pemain.

Kehebatan Messi musim lalu gagal menyaingi aura Van Dijk walaupun menjaringkan 54 gol dalam 58 perlawanan untuk negara dan juga kelab serta membantu Barcelona mara ke separuh akhir Champions League sebelum kecewa di kaki Liverpool.

Messi merupakan penjaring terbanyak Champions League dengan 12 gol dan juga pernjaring terbanyak La Liga dengan 36 gol sekaligus membawa Barcelona menjulang trofi La Liga.

Dengan rekod hebat Messi yang gagal menggugat Van Dijk apa yang mampu diberikan oleh Cristiano Ronaldo selepas berhijrah ke Juventus dengan harga £99.2 juta?

Ronaldo telah menjaringkan 31 gol dalam 47 penampilan bersama negara dan juga kelab serta membantu Juventus menjuarai Serie A yang saban tahun dilakukan walaupun tanpa Ronaldo.

Baca Juga

Baca Juga