Virtus.Pro Juara DOTA 2 Kuala Lumpur Major Dan Meraih Wang Tunai USD350,000

Virtus.Pro muncul juara kejohanan DOTA 2 Kuala Lumpur Major selepas menewaskan Team Secret di Grand Final lalu meraih hadiah wang tunai berjumlah USD350,000 bersamaan kurang lebih RM1.5 juta.

Pasukan yang berpengkalan di Russia ini turut membawa pulang mata sebanyak 4.950 Dota Pro Circuit(DPC) untuk melayakkan pasukan ke peringkat The International(TI) mengikut jumlah mata yang terkumpul.

Team Secret yang meraih tempat kedua selepas tewas 2-3 turut mempunyai seorang pemain yang berasal dari Malaysia iaitu MidOne atau nama sebenarnya Yeik Nai Zheng membawa pulang USD170,00 dan 3.000 DPC

Sayang buat MidOne untuk menjulang gelaran juara di tanah air sendiri selepas berjaya menewaskan Virtus.Pro di Upper Bracket(UB) Final namun gagal di Grand Final.

Secter dilihat sebagai pasukan kegemaran untuk muncul juara DOTA 2 Kuala Lumpur Major selepas mempamerkan permainan meyakinkan sejak awal lagi. Roman “Ramzes666” Kushnarev menjadi nadi kebangkitan saat akhir Virtus.PRO dan berjaya menewaskan Team Secret dengan menggunakan Terrorblade.

Kejohanan DOTA 2 Kuala Lumpur Major menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD1 juta dan 15,000 DPC dan disertai oleh 16 pasukan yang berasal dari 6 region iaitu Eropah, CIS, China, SEA, North America dan South America.

Perjalanan Virtur.PRO ke Grand Final

Hadiah dan Pemenang DOTA 2 Kuala Lumpur Major

1. $350,000 dan 4,950 DPC – Virtus.Pro
2. $170,000 dan 3,000 DPC – Team Secret
3. $100,000 dan 2,100 DPC – Evil Geniuses
4. $80,000 dan 1,350 DPC – Ninjas In Pyjamas
5. $60,000 dan 900 DPC – TNC Predator
$60,000 dan 900 DPC – PSG.LGD
7. $40,000 dan 450 DPC – Vici Gaming
$40,000 dan 450 DPC – Fnatic
9. $15,000 dan 150 DPC – Alliance
$15,000 dan 150 DPC – Pain X
$15,000 dan 150 DPC – J.Storm
$15,000 dan 150 DPC – Foward Gaming
13. $10,000 dan 75 DPC – Pain Gaming
$10,000 dan 75 DPC – Tigers
$10,000 dan 75 DPC – Team Aster
$10,000 dan 75 DPC – Gambit Esports

Baca Juga

Baca Juga